Loading...

PRN Melaka: Empat Bekas ADUN Umum Parti Yang Akan "Di Sertai" Mereka Minggu Depan !

Loading...
PRN Melaka: Empat Bekas ADUN Umum Parti Yang Akan "Di Sertai" Mereka Minggu Depan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRN Melaka: Empat Bekas ADUN Umum Parti Yang Akan "Di Sertai" Mereka Minggu Depan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRN Melaka: Empat Bekas ADUN Umum Parti Yang Akan "Di Sertai" Mereka Minggu Depan !
link : PRN Melaka: Empat Bekas ADUN Umum Parti Yang Akan "Di Sertai" Mereka Minggu Depan !

Baca juga


PRN Melaka: Empat Bekas ADUN Umum Parti Yang Akan "Di Sertai" Mereka Minggu Depan !

MELAKA - Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan mengumumkan penyertaan ke parti lain minggu depan.

Setakat ini, pertimbangan masih dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek, terutama kelangsungan politik mereka pada masa depan, selain perancangan untuk membantu memajukan Melaka melalui parti yang disertai kelak.

Bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, berkata beliau dan tiga lagi bekas ADUN, Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) tidak perlu terburu-buru membuat keputusan.

"Dalam politik, kita tidak boleh terburu-buru kerana perjuangan dalam politik adalah untuk membantu memajukan negeri ini dari segenap aspek.

"Adat bagi sesiapa saja yang hendak berjuang dalam parti baharu, biarlah pengumuman parti yang akan disertai itu dibuat pemimpin parti yang menerima keahlian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, katanya, tidak manis jika beliau dan tiga bekas ADUN terbabit mengumumkan sendiri parti yang akan disertai mereka, sebaliknya ia diserahkan kepada pemimpin parti yang bakal menerima keahlian mereka.

Idris dan Nor Azman sebelum ini dilaporkan akan menyertai satu daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH), iaitu sama ada PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.

Bagaimanapun, Norhizam dilaporkan tidak diterima menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi mana-mana parti komponen PH berikutan keputusan Majlis Presiden PH yang sebulat suara menolaknya.

Idris yang juga bekas Ketua Menteri berkata, beliau dan tiga lagi rakannya itu menerima pelbagai tawaran daripada pemimpin parti tertentu yang disifatkan sebagai bukan setakat bersetuju dengan tindakan keempat-empat ADUN terbabit menarik sokongan terhadap Sulaiman, malah pengiktirafan terhadap perjuangan mereka menentang korupsi.

"Tawaran memang banyak, tetapi biarlah kami menentukan yang mana satu pilihan kami demi perjuangan berterusan untuk manfaat rakyat Melaka," katanya yang enggan menjelaskan atau membayangkan parti yang bakal disertai mereka kelak.

Beliau turut mengakui pengumuman itu akan dibuat sebelum waktu sudah terlalu suntuk menjelang hari penamaan calon pada 8 November ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Idris yang ketika itu mewakili Barisan Nasional (BN) menewaskan Mohd Lokman Abdul Gani (PKR) dengan majoriti 2,229 undi, manakala Nor Azman (BN) menewaskan Juhari Osman (PKR) dan Abdul Halim Maidin (PAS) dengan majoriti 772 undi.

Norhizam adalah bekas pemimpin DAP yang bertanding atas tiket parti itu, tetapi dengan menggunakan logo PKR pada PRU-14 menang dengan undi majoriti 2,756 selepas menewaskan Chua Lian Chye (BN) dan Ramli Dalip (PAS).

Noor Effandi pula menewaskan Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN) dan Fendi Ahmad (PKR) dengan majoriti 1,288 undi. #sumber



Demikianlah Artikel PRN Melaka: Empat Bekas ADUN Umum Parti Yang Akan "Di Sertai" Mereka Minggu Depan !

Sekianlah artikel PRN Melaka: Empat Bekas ADUN Umum Parti Yang Akan "Di Sertai" Mereka Minggu Depan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRN Melaka: Empat Bekas ADUN Umum Parti Yang Akan "Di Sertai" Mereka Minggu Depan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/prn-melaka-empat-bekas-adun-umum-parti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRN Melaka: Empat Bekas ADUN Umum Parti Yang Akan "Di Sertai" Mereka Minggu Depan !"

Catat Ulasan

Loading...