Judul : PRN Melaka: PAS Optimis MN Dan PN Sempat Bincang Penyatuan Sebelum Penamaan Calon
link : PRN Melaka: PAS Optimis MN Dan PN Sempat Bincang Penyatuan Sebelum Penamaan Calon
PRN Melaka: PAS Optimis MN Dan PN Sempat Bincang Penyatuan Sebelum Penamaan Calon
MELAKA - PAS optimis Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) akan menuju penyatuan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka walaupun masa semakin suntuk menjelang tarikh penamaan calon 8 November depan.
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata parti itu optimis kepada usaha berkenaan kerana masih ada masa lagi sebelum penamaan calon.
Katanya, MN dan PN adalah dua entiti yang penting dalam negara kerana masing-masing mempunyai peranan yang perlu dipertahankan dan diperkukuhkan.
"Malah, PAS dari dulu sehingga sekarang sentiasa berusaha memperkasakan kedua-duanya, terutama bagi pihak UMNO dan BERSATU, termasuk pada PRN Melaka.
"Tidak timbul PAS meminggirkan mana-mana parti itu, justeru terdapat perbincangan dan pertemuan dalam mencari jalan dan titik persamaan untuk dituju dan bukannya mencari perbezaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Gempur PN di Ayer Keroh, petang tadi.
Yang turut hadir, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, tiga Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ronald Kiandee, Datuk Rafiq Naizamohideen, Datuk Dr Radzi Md Jidin, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau Hoe Chai.
Ahmad Samsuri berkata, pertemuan secara rasmi atau tidak sedang berjalan, malah pihaknya sedia bertemu pada bila-bila masa tanpa mengira tarikh atau halangan bagi meneroka jalan lebih baik.
"Apa yang penting MN dan PN perlu kekal bersatu padu dan bekerjasama bukan saja dalam Pilihan Raya Umum (PRU) malah di PRN negeri juga," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel PRN Melaka: PAS Optimis MN Dan PN Sempat Bincang Penyatuan Sebelum Penamaan Calon
Anda sekarang membaca artikel PRN Melaka: PAS Optimis MN Dan PN Sempat Bincang Penyatuan Sebelum Penamaan Calon dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/prn-melaka-pas-optimis-mn-dan-pn-sempat.html
0 Response to "PRN Melaka: PAS Optimis MN Dan PN Sempat Bincang Penyatuan Sebelum Penamaan Calon"
Catat Ulasan