Loading...

Seorang Peneroka Maut, Terkena Tembakan Di Ladang Kelapa Sawit Dekat Felda Bukit Sagu 4

Loading...
Seorang Peneroka Maut, Terkena Tembakan Di Ladang Kelapa Sawit Dekat Felda Bukit Sagu 4 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Peneroka Maut, Terkena Tembakan Di Ladang Kelapa Sawit Dekat Felda Bukit Sagu 4, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Peneroka Maut, Terkena Tembakan Di Ladang Kelapa Sawit Dekat Felda Bukit Sagu 4
link : Seorang Peneroka Maut, Terkena Tembakan Di Ladang Kelapa Sawit Dekat Felda Bukit Sagu 4

Baca juga


Seorang Peneroka Maut, Terkena Tembakan Di Ladang Kelapa Sawit Dekat Felda Bukit Sagu 4

 

KUANTAN - Seorang peneroka maut dipercayai akibat terkena tembakan di dada dalam kejadian di ladang kelapa sawit di Felda Bukit Sagu 4 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Mohamad Omar, 67, dari Felda Bukit Sagu di sini turut cedera di tapak tangan kanan dan polis menemukan selaras senapang buatan sendiri di lokasi kejadian.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 4.22 petang oleh kakitangan Klinik Kesihatan Bukit Goh di sini, selepas Mohamad dibawa ke klinik itu oleh isteri dan rakan lelaki Mohamad.

"Siasatan awal mendapati peneroka itu telah keluar untuk mengait kelapa sawit kira-kira 10 pagi tadi sebelum dikatakan menghubungi isterinya pada 3.36 petang memaklumkan dirinya telah ditembak.

"Isteri Mohamad mendakwa telah menghubungi rakan baik Mohamad untuk membantu mencari suaminya itu dan kemudian menemukan suaminya dalam keadaan parah sebelum doktor mengesahkan kematian suaminya pada 4.20 petang," katanya yang dihubungi hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata mayat Mohamad dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, anak perempuan Mohamad, Noraini, 42, yang ditemui di klinik kesihatan itu berkata dia dihubungi ibunya kira-kira 4 petang yang memintanya segera ke klinik kesihatan itu kerana sesuatu telah menimpa ayahnya.

"Kali terakhir saya bertemu ayah ialah pada dua minggu lepas. Walaupun saya tinggal di Jabor (Kuantan), namun saya tidak dapat pulang ke rumah kerana kerap ke hospital bagi menemani suami menjalani rawatan susulan akibat kemalangan," katanya.

Noraini berkata jenazah ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Sagu 3 selepas semua urusan selesai. #sumber



Demikianlah Artikel Seorang Peneroka Maut, Terkena Tembakan Di Ladang Kelapa Sawit Dekat Felda Bukit Sagu 4

Sekianlah artikel Seorang Peneroka Maut, Terkena Tembakan Di Ladang Kelapa Sawit Dekat Felda Bukit Sagu 4 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Peneroka Maut, Terkena Tembakan Di Ladang Kelapa Sawit Dekat Felda Bukit Sagu 4 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/seorang-peneroka-maut-terkena-tembakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Seorang Peneroka Maut, Terkena Tembakan Di Ladang Kelapa Sawit Dekat Felda Bukit Sagu 4"

Catat Ulasan

Loading...