Loading...

Barisan Nasional (BN) Berjanji Akan Sediakan Peruntukan Kepada Semua 28 ADUN Melaka !

Loading...
Barisan Nasional (BN) Berjanji Akan Sediakan Peruntukan Kepada Semua 28 ADUN Melaka ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Barisan Nasional (BN) Berjanji Akan Sediakan Peruntukan Kepada Semua 28 ADUN Melaka !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Barisan Nasional (BN) Berjanji Akan Sediakan Peruntukan Kepada Semua 28 ADUN Melaka !
link : Barisan Nasional (BN) Berjanji Akan Sediakan Peruntukan Kepada Semua 28 ADUN Melaka !

Baca juga


Barisan Nasional (BN) Berjanji Akan Sediakan Peruntukan Kepada Semua 28 ADUN Melaka !

AYER KEROH - Barisan Nasional (BN) berjanji akan menyediakan peruntukan kepada semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk bukan kerajaan sebagai langkah memakmurkan seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan berkata, kematangan politik itu turut dimanifestasikan menerusi cadangan meminda perlembagaan negeri bagi tujuan melantik lima ADUN tambahan termasuk daripada kalangan belia dan NGO.

Beliau berkata, pindaan itu adalah bagi membuka ruang dan perspektif persidangan DUN di luar ruang lingkup politik semata-mata.

Katanya, setiap wakil rakyat yang dipilih bekerja untuk rakyat di segenap pelosok negeri tanpa mengira kawasan bandar, kampung mahupun di hujung sempadan negeri.

“Setelah sesebuah negara mahupun negeri stabil dari aspek politiknya, barulah kita dapat memberi keyakinan untuk membawa pelabur masuk dan mencapai kemajuan yang dikehendaki.

“Barisan Nasional tidak mengharapkan populariti semata-mata dan tidak juga dilihat menjadi hero kepada rakyat,” katanya ketika membentangkan manifesto BN untuk pilihan raya negeri (PRN) Melaka hari ini.

Katanya, bagi memastikan kestabilan politik dikekalkan, mandat perlu diberikan kepada rakyat Melaka untuk memilih kerajaan yang akan bersama membangun dan memakmurkan negeri bersejarah itu.

“BN juga tidak akan sesekali mengiktiraf pengkhianat atau menerima ‘katak berprinsip’ hanya semata-mata untuk memancing undi dan meraih kemenangan,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Barisan Nasional (BN) Berjanji Akan Sediakan Peruntukan Kepada Semua 28 ADUN Melaka !

Sekianlah artikel Barisan Nasional (BN) Berjanji Akan Sediakan Peruntukan Kepada Semua 28 ADUN Melaka ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Barisan Nasional (BN) Berjanji Akan Sediakan Peruntukan Kepada Semua 28 ADUN Melaka ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/barisan-nasional-bn-berjanji-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Barisan Nasional (BN) Berjanji Akan Sediakan Peruntukan Kepada Semua 28 ADUN Melaka !"

Catat Ulasan

Loading...