Loading...

Dollah: Kenny Athiu Nadi Penggerak Di Sebalik Kemenangan Yang Di Raih Ke Atas Penang FC !

Loading...
Dollah: Kenny Athiu Nadi Penggerak Di Sebalik Kemenangan Yang Di Raih Ke Atas Penang FC ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dollah: Kenny Athiu Nadi Penggerak Di Sebalik Kemenangan Yang Di Raih Ke Atas Penang FC !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dollah: Kenny Athiu Nadi Penggerak Di Sebalik Kemenangan Yang Di Raih Ke Atas Penang FC !
link : Dollah: Kenny Athiu Nadi Penggerak Di Sebalik Kemenangan Yang Di Raih Ke Atas Penang FC !

Baca juga


Dollah: Kenny Athiu Nadi Penggerak Di Sebalik Kemenangan Yang Di Raih Ke Atas Penang FC !

KUANTAN - Ketua  Jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh tetap memberi pujian kepada Kenny Athiu di sebalik kemenangan yang diraih ke atas Penang FC, Sabtu lalu meskipun penyerang import itu masih ketandusan jaringan dalam saingan Piala Malaysia setakat ini.

Jentera serangan yang diketuai oleh pemain dari Australia itu mendapat kritikan sebelum ini susulan masalah ketumpulan di bahagian penyudah, namun semuanya tampak berubah selepas mereka akhirnya meraih kemenangan pertama sejak lapan perlawanan lalu termasuk enam aksi di pentas Liga Super.

Dollah menyifatkan Athiu menjadi antara nadi penting yang membantu pasukan terutamanya Abdul Malik Mat Ariff untuk menjaringkan dua gol yang akhirnya memberi kemenangan 4-0 ke atas Penang pada Sabtu lalu.

“Saya harus beri pujian kepada semua pemain terutamanya kepada Kenny juga sebab walaupun dia tak menjaringkan gol, tetapi perlawanan semalam (Sabtu lalu) menyaksikan dia antara yang turut memainkan peranan penting.

“Dia banyak membantu di bahagian serangan dan berjaya membuka ruang kepada Malik untuk dia menjaringkan dua gol.

“Malik pula saya memang dah nampak dia memang ada kelebihan sebagai penyerang sebab sebelum ini selalu juga bertukar-tukar posisi, tetapi sekarang saya nampak kehadiran dia untuk selalu membuka ruang di bahagian tengah.

“Sebelum ini saya banyak beri kata dua kepada pemain-pemain supaya mereka tidak rasa seolah-olah kita tiada peluang lagi, dan itu yang saya tekankan dalam latihan malah mereka sendiri ada yang bantu saya bagi idea menunjukkan mereka bersemangat tinggi untuk beraksi,” jelasnya.

Menjelang pertembungan kedua dengan Penang pada Rabu ini, Dollah mengharapkan momentum kemenangan dapat diteruskan memandangkan peluang sudah kembali terbuka untuk merebut slot ke suku akhir selepas tewas dua perlawanan lalu.

Baginya, pintu masih belum tertutup untuk Pahang cuba meraih pencapaian terbaik di pentas Piala Malaysia dan tidak hanya berakhir di peringkat kumpulan sahaja sepertimana yang pernah dilakukan pasukan ini pada musim 2016.

“Betul, peluang kembali terbuka tetapi bukan mudah dan saya percaya kalau kita kekalkan momentum ini untuk dibawa ke Penang nanti, InsyaAllah kenapa tidak untuk kita layak ke suku akhir.

“Kita tahu Penang bermain tanpa beberapa tonggak, tetapi kita pun sama apabila selalu juga susah untuk dapatkan kesebelasan terbaik, namun pemain-pemain saya buktikan mereka mampu beraksi,” tambahnya.

Dengan tiga mata pertama yang diperoleh meletakkan Pahang di tangga ketiga Kumpulan A manakala Kuala Lumpur City FC di tangga teratas dengan tujuh mata diikuti Sarawak United FC dengan enam mata dan Penang FC di kedudukan tercorot dengan hanya satu mata setakat ini. #sumber



Demikianlah Artikel Dollah: Kenny Athiu Nadi Penggerak Di Sebalik Kemenangan Yang Di Raih Ke Atas Penang FC !

Sekianlah artikel Dollah: Kenny Athiu Nadi Penggerak Di Sebalik Kemenangan Yang Di Raih Ke Atas Penang FC ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dollah: Kenny Athiu Nadi Penggerak Di Sebalik Kemenangan Yang Di Raih Ke Atas Penang FC ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/dollah-kenny-athiu-nadi-penggerak-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dollah: Kenny Athiu Nadi Penggerak Di Sebalik Kemenangan Yang Di Raih Ke Atas Penang FC !"

Catat Ulasan

Loading...