Loading...

Jenazah Kapten Affendi Selamat Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah

Loading...
Jenazah Kapten Affendi Selamat Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jenazah Kapten Affendi Selamat Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jenazah Kapten Affendi Selamat Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah
link : Jenazah Kapten Affendi Selamat Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah

Baca juga


Jenazah Kapten Affendi Selamat Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah

ROMPIN - Hujan renyai mengiringi pengebumian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam nahas pesawat Hawk 108, di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah di sini malam tadi.

Jenazah Allahyarham Mohamad Affendi, 31, tiba di tanah perkuburan itu pada jam 7.40 malam dan majlis pengebumian dilakukan dengan penuh istiadat ketenteraan itu, selesai kira-kira sejam kemudian.

Jenazah Allahyarham sebelum itu dibawa ke Masjid Besar Muadzam Shah, di sini yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kediaman keluarganya untuk disembahyangkan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tiba di Pangkalan Udara TUDM, Kuantan pada jam 5 petang, sebelum dibawa ke kediaman keluarganya di Taman Redan Perdana di sini menggunakan laluan darat dan tiba jam 6.30 petang.

Isteri mangsa, Nurul 'Izzati Shari menyiram air mawar keatas pusara suaminya pada istiadat pengkebumian jenazah Kapten Mohamad Affendi Bustamy

Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Besar Muadzam Shah, di sini yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kediaman keluarganya untuk disembahyangkan.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Udara Left Jen Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Hujan renyai bermula sebaik sahaja jenazah Allahyarham yang diiringi konvoi TUDM dan pasukan keselamatan memasuki tanah perkuburan, sebelum berhenti sebaik sahaja kubur selesai dikambus.

Selesai bacaan talkin, Mohd Asghar Khan menyerahkan bendera TUDM kepada isteri Allahyarham Nurul 'Izzati Shari, 31, disusuli istiadat menyiram air mawar dan tabik hormat penghormatan terakhir.

Mohamad Affendi meninggal dunia dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas pada 10.07 malam Selasa (16 Nov), semasa menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan pangkalan udara Butterworth.

Kejadian turut menyebabkan seorang lagi juruterbang Mejar Mohd Fareez Omar, 33, cedera namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. #sumber





Demikianlah Artikel Jenazah Kapten Affendi Selamat Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah

Sekianlah artikel Jenazah Kapten Affendi Selamat Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jenazah Kapten Affendi Selamat Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/jenazah-kapten-affendi-selamat-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jenazah Kapten Affendi Selamat Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah"

Catat Ulasan

Loading...