Loading...

Kerajaan Negeri Pahang Meluluskan Cadangan Inisiatif Sempadan Hijau Dengan Enam Negeri !

Loading...
Kerajaan Negeri Pahang Meluluskan Cadangan Inisiatif Sempadan Hijau Dengan Enam Negeri ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Negeri Pahang Meluluskan Cadangan Inisiatif Sempadan Hijau Dengan Enam Negeri !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Negeri Pahang Meluluskan Cadangan Inisiatif Sempadan Hijau Dengan Enam Negeri !
link : Kerajaan Negeri Pahang Meluluskan Cadangan Inisiatif Sempadan Hijau Dengan Enam Negeri !

Baca juga


Kerajaan Negeri Pahang Meluluskan Cadangan Inisiatif Sempadan Hijau Dengan Enam Negeri !

KUANTAN - Kerajaan Pahang meluluskan cadangan inisiatif Sempadan Hijau Negeri membabitkan sempadan Pahang dengan negeri berjiran iaitu Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri kelmarin, sebagai menjunjung titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Susulan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Wang Rosdy Wang Ismail, berkata kerajaan negeri akan mewartakan tanah kerajaan yang sudah dikenal pasti di kawasan sempadan berkenaan sepanjang kira-kira 26.806 kilometer (km) dan berkeluasan 557.585 hektar sebagai hutan simpan kekal menurut Seksyen 7 Akta Perhutanan Negara 1984.

Katanya, menerusi pewartaan itu, kerajaan negeri akan menolak ringkas semua permohonan tanah kerajaan untuk dibangunkan di kawasan Inisiatif Sempadan Hijau Negeri, berpandukan 6 (e) atau 31 (e) Kaedah-kaedah Tanah Pahang 1992.

"Sebagai makluman, pewartaan hutan simpan kekal terbaharu ini adalah tambahan kepada sedia ada yang turut terletak dalam kawasan bersempadan dengan enam negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

"Bagi tanah milik pula, sebarang pembangunan meliputi jajaran 500 meter sempadan negeri, hendaklah dilaksanakan secara lestari berpandukan konsep alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga menetapkan Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri menyelaraskan syarat khas dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan perkara yang diputuskan.

"Dengan satu lagi keputusan 'mesra-alam' oleh kerajaan negeri ini diharapkan kawasan sempadan Pahang dengan enam negeri akan terus terjamin kelestarian alam sekitarnya," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Pahang Meluluskan Cadangan Inisiatif Sempadan Hijau Dengan Enam Negeri !

Sekianlah artikel Kerajaan Negeri Pahang Meluluskan Cadangan Inisiatif Sempadan Hijau Dengan Enam Negeri ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri Pahang Meluluskan Cadangan Inisiatif Sempadan Hijau Dengan Enam Negeri ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/kerajaan-negeri-pahang-meluluskan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Negeri Pahang Meluluskan Cadangan Inisiatif Sempadan Hijau Dengan Enam Negeri !"

Catat Ulasan

Loading...