Loading...

KKM Berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-15 Tidak Sesuai Untuk Di Adakan Pada Masa Ini !

Loading...
KKM Berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-15 Tidak Sesuai Untuk Di Adakan Pada Masa Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KKM Berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-15 Tidak Sesuai Untuk Di Adakan Pada Masa Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KKM Berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-15 Tidak Sesuai Untuk Di Adakan Pada Masa Ini !
link : KKM Berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-15 Tidak Sesuai Untuk Di Adakan Pada Masa Ini !

Baca juga


KKM Berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-15 Tidak Sesuai Untuk Di Adakan Pada Masa Ini !

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan, tidak sesuai untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menegaskan yang situasi penularan kes COVID-19 di negara ini, masih membimbangkan, selain berdepan peningkatan kadar kemasukan ke hospital.

Beliau berkata, lebih membimbangkan adalah kemunculan varian baharu COVID-19 yang amat berbahaya.

"Saya sudah berbincang perkara ini dengan golongan pakar termasuk Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Noor Hisham Abdullah).

"Pandangan KKM ialah PRU sebenarnya boleh dielakkan, berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, tidak boleh dielakkan kerana sudah tamat tempoh.

"Manakala PRN Melaka terpaksa diadakan sebab Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan," katanya pada sidang media hari ini.

Mengenai prosedur operasi standard SOP PRN Sarawak, Khairy berkata, beberapa siri libat urus diadakan antara KKM dan Setiausaha Kerajaan Sarawak.

Jelasnya, pihak kerajaan negeri sudah mengemukakan beberapa permintaan berhubung pelaksanaan SOP pilihan raya negeri berkenaan.

"Ada beberapa permintaan sedikit berbeza berbanding PRN Melaka, contohnya ada kawasan di Sarawak yang tiada capaian internet dan ia menyukarkan calon berkempen di kawasan terbabit.

"Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang ditugaskan untuk perkara berkaitan SOP dan ia akan dimuktamadkan pada 30 November ini yang kemudiannya akan diusulkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti," katanya.

Dalam pada itu, Khairy mengumumkan bahawa Kabinet bersetuju menetapkan harga siling bagi vaksin Sinovac untuk pasaran swasta.

"Kabinet setuju untuk dos penggalak melalui PICK (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) diberi secara percuma tetapi kita juga ada 'private sale' terutama vaksin Sinovac yang dibenarkan digunakan sebagai dos penggalak melalui klinik swasta

"Kabinet memutuskan untuk kita mengawal harga penjualan dos penggalak di sektor swasta ini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan KKM akan menetapkan harga siling bagi vaksin ini dan kita akan umumkannya pada minggu depan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel KKM Berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-15 Tidak Sesuai Untuk Di Adakan Pada Masa Ini !

Sekianlah artikel KKM Berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-15 Tidak Sesuai Untuk Di Adakan Pada Masa Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KKM Berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-15 Tidak Sesuai Untuk Di Adakan Pada Masa Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/kkm-berpandangan-pilihan-raya-umum-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KKM Berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-15 Tidak Sesuai Untuk Di Adakan Pada Masa Ini !"

Catat Ulasan

Loading...