Loading...

KPLB Peruntukkan RM30 Juta Untuk Membaiki Segera Kerosakan Jalan Utama Ulu Tembeling !

Loading...
KPLB Peruntukkan RM30 Juta Untuk Membaiki Segera Kerosakan Jalan Utama Ulu Tembeling ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPLB Peruntukkan RM30 Juta Untuk Membaiki Segera Kerosakan Jalan Utama Ulu Tembeling !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPLB Peruntukkan RM30 Juta Untuk Membaiki Segera Kerosakan Jalan Utama Ulu Tembeling !
link : KPLB Peruntukkan RM30 Juta Untuk Membaiki Segera Kerosakan Jalan Utama Ulu Tembeling !

Baca juga


KPLB Peruntukkan RM30 Juta Untuk Membaiki Segera Kerosakan Jalan Utama Ulu Tembeling !

JERANTUT - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM30 juta bagi membaiki segera kerosakan jalan utama ke Ulu Tembeling dari Kuala Tahan ke Mat Daling.

Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun, berkata dalam tinjauannya mendapati banyak berlaku kerosakan serius di sepanjang jalan itu yang memerlukan tindakan segera.

Katanya, jalan itu berbahaya kepada pengguna jalan raya kerana terdapat empat lokasi mendap dan runtuh selain terdapat beberapa runtuhan kecil di beberapa lokasi lain.

Beliau berkata, KPLB akan mengambil langkah segera di mana kerja pembaikan sementara akan dilakukan minggu depan manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memantau kerja pembaikan kekal hujung November ini.

"Pada masa sama, kita akan melakukan kerja penyelenggaraan di sepanjang jalan ini termasuk memastikan longkang berada dalam keadaan baik bagi memastikan aliran air lancar," katanya.

"Kita akan berhadapan musim tengkujuh, justeru semua longkang perlu diselenggara dengan baik kerana antara faktor berlaku runtuhan adalah disebabkan ada pergerakan tanah di bahagian bawah jalan akibat aliran air yang tidak sempurna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat lawatan kerja meninjau lokasi jalan yang mendap dan runtuh di sepanjang jalan Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling sejauh 48 kilometer itu.

Sebelum ini, media melaporkan keresahan 2000 penduduk beberapa kampung di Ulu Tembeling yang bimbang terputus hubungan kerana jalan mendap dan runtuh selain berbahaya kepada pengguna jalan raya terutama pada waktu malam. #sumber



Demikianlah Artikel KPLB Peruntukkan RM30 Juta Untuk Membaiki Segera Kerosakan Jalan Utama Ulu Tembeling !

Sekianlah artikel KPLB Peruntukkan RM30 Juta Untuk Membaiki Segera Kerosakan Jalan Utama Ulu Tembeling ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPLB Peruntukkan RM30 Juta Untuk Membaiki Segera Kerosakan Jalan Utama Ulu Tembeling ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/kplb-peruntukkan-rm30-juta-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KPLB Peruntukkan RM30 Juta Untuk Membaiki Segera Kerosakan Jalan Utama Ulu Tembeling !"

Catat Ulasan

Loading...