Judul : Nahas Pesawak Hawk TUDM, Jenazah Kapten Affendi Akan Disemadikan Di Muadzam Shah
link : Nahas Pesawak Hawk TUDM, Jenazah Kapten Affendi Akan Disemadikan Di Muadzam Shah
Nahas Pesawak Hawk TUDM, Jenazah Kapten Affendi Akan Disemadikan Di Muadzam Shah
BUTTERWORTH - Jenazah Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Muadzam, Pahang untuk pengebumian, hari ini.
Adik perempuannya dikenali Nur berkata, jenazah akan dibawa pulang selepas urusan bedah siasat selesai.
"Abang berada di Pulau Pinang kerana latihan. Dia dan isterinya menetap di Labuan tetapi ketika kejadian, isteri berada di Kelantan kerana bercuti.
Kami segera ke sini sebaik sahaja dimaklumkan pihak TUDM mengenai tragedi ini. Kami terima kehilangan ini sebagai takdir Ilahi," katanya ditemui di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya, hari ini.
Nur yang cuba menahan sebak ketika ditemui wartawan berkata, abangnya adalah anak sulung daripada tiga beradik.
"Dia seorang yang bertanggungjawab dan abang yang baik kepada kami semua (keluarga).
"Kakak ipar saya masih lagi terkejut dengan kejadian itu. Saya harap dia diberi ruang kerana masih bersedih," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Nahas Pesawak Hawk TUDM, Jenazah Kapten Affendi Akan Disemadikan Di Muadzam Shah
Anda sekarang membaca artikel Nahas Pesawak Hawk TUDM, Jenazah Kapten Affendi Akan Disemadikan Di Muadzam Shah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/nahas-pesawak-hawk-tudm-jenazah-kapten.html
0 Response to "Nahas Pesawak Hawk TUDM, Jenazah Kapten Affendi Akan Disemadikan Di Muadzam Shah"
Catat Ulasan