Loading...

Nik Abduh: Sebaik-Baik Perjanjian Politik Ialah Pembentukan Muafakat Nasional (MN) !

Loading...
Nik Abduh: Sebaik-Baik Perjanjian Politik Ialah Pembentukan Muafakat Nasional (MN) ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nik Abduh: Sebaik-Baik Perjanjian Politik Ialah Pembentukan Muafakat Nasional (MN) !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nik Abduh: Sebaik-Baik Perjanjian Politik Ialah Pembentukan Muafakat Nasional (MN) !
link : Nik Abduh: Sebaik-Baik Perjanjian Politik Ialah Pembentukan Muafakat Nasional (MN) !

Baca juga


Nik Abduh: Sebaik-Baik Perjanjian Politik Ialah Pembentukan Muafakat Nasional (MN) !

 

KUALA LUMPUR - Sebaik-baik perjanjian politik yang termeterai sejak berpuluh tahun adalah pembentukan Muafakat Nasional (MN), kata Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat itu berkata, perjanjian yang dimeterai di Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) pada September 2019 itu berjaya menyatukan dua kumpulan besar yang telah bertelagah sejak puluhan tahun.

“Ia perjanjian yang diberkati Allah 'dengan serta merta' dengan kurniaan hujanan air mata rakyat di seluruh negara.

“Ia menyatukan dua kumpulan besar umat Islam yang bertelagah sejak puluhan tahun. Ia meruntuh segala marak kemarahan dan dendam, lalu terbina di atasnya rahmat dan kasih sayang sesama umat,” katanya menerusi posting di Facebook pada Selasa.

Katanya, jika Pas boleh bertahan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) selama lebih tujuh tahun, tidak malukah jika pertikaian sesama pemimpin terus dibiarkan sehingga boleh menyebabkan runtuhnya kerjasama tersebut.

“..tidak malukah kita pada Allah, jika tidak mahu malu pada diri sendiri dan pada rakyat, dengan membiarkan api kepanasan terus mara dan marak sesama pemimpin yang pasti boleh menyebabkan MN runtuh dalam tempoh yang singkat?

“Gembirakah kita untuk kembali menukarkan air mata kasih sayang dan kegembiraan kepada kebencian, dendam dan berburuk sangka sesama umat?” soalnya.

BN membentuk kerajaan di Melaka selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN yang ditandingi kali ini dan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) yang mendapat lima kerusi manakala Perikatan Nasional (dua).

Pada PRU Melaka kali ini, Pas buat pertama kalinya bertanding dengan menggunkan logo PN. #sumber



Demikianlah Artikel Nik Abduh: Sebaik-Baik Perjanjian Politik Ialah Pembentukan Muafakat Nasional (MN) !

Sekianlah artikel Nik Abduh: Sebaik-Baik Perjanjian Politik Ialah Pembentukan Muafakat Nasional (MN) ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nik Abduh: Sebaik-Baik Perjanjian Politik Ialah Pembentukan Muafakat Nasional (MN) ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/nik-abduh-sebaik-baik-perjanjian.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nik Abduh: Sebaik-Baik Perjanjian Politik Ialah Pembentukan Muafakat Nasional (MN) !"

Catat Ulasan

Loading...