Judul : Pasangan Bergu Lelaki Negara, Nur Izzuddin-Sze Fei Singkirkan Juara Olimpik Tokyo 2020
link : Pasangan Bergu Lelaki Negara, Nur Izzuddin-Sze Fei Singkirkan Juara Olimpik Tokyo 2020
Pasangan Bergu Lelaki Negara, Nur Izzuddin-Sze Fei Singkirkan Juara Olimpik Tokyo 2020
KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mencipta sensasi apabila menumbangkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan untuk mara ke suku akhir Terbuka Indonesia di Bali, sebentar tadi.
Pasangan ranking ke-19 dunia itu mempamerkan prestasi cemerlang apabila melakar kemenangan 21-15, 23-21 sekali gus menyingkirkan Lee Yang-Chi Lin yang juga pilihan ketiga kejohanan.
Izzuddin-Rumsani akan bertemu pemenang perlawanan antara pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chiraq Shetty dengan beregu Korea Selatan, Kang Minhyuk-Seo Seungjae bagi perebutan tiket ke separuh akhir, esok.
Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mara ke suku akhir selepas menundukkan pasangan Jerman, Jones Ralfy Jansen-Linda Efler 21-9, 21-13.
Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu akan bertemu pasangan berpengalaman Korea, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won, esok. #sumber
Demikianlah Artikel Pasangan Bergu Lelaki Negara, Nur Izzuddin-Sze Fei Singkirkan Juara Olimpik Tokyo 2020
Anda sekarang membaca artikel Pasangan Bergu Lelaki Negara, Nur Izzuddin-Sze Fei Singkirkan Juara Olimpik Tokyo 2020 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/pasangan-bergu-lelaki-negara-nur.html
0 Response to "Pasangan Bergu Lelaki Negara, Nur Izzuddin-Sze Fei Singkirkan Juara Olimpik Tokyo 2020"
Catat Ulasan