Loading...

Pemain Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia Disingkir Pusingan Pertama Terbuka Indonesia

Loading...
Pemain Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia Disingkir Pusingan Pertama Terbuka Indonesia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemain Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia Disingkir Pusingan Pertama Terbuka Indonesia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemain Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia Disingkir Pusingan Pertama Terbuka Indonesia
link : Pemain Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia Disingkir Pusingan Pertama Terbuka Indonesia

Baca juga


Pemain Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia Disingkir Pusingan Pertama Terbuka Indonesia

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia masih bergelut untuk mencari rentak permainan sebenarnya apabila ditunjukkan jalan keluar di pusingan pertama Terbuka Indonesia di Bali, hari ini.

Pilihan ketujuh kejohanan itu terpaksa akur apabila tewas di tangan pemain Denmark, Rasmus Gemke 21-13, 23-25, 16-21 dalam pertarungan yang berlangsung selama 67 minit.

Minggu lalu, Zii Jia memberi kemenangan percuma kepada Gemke apabila dia menarik diri ketika ketinggalan 9-11 di set pertama dalam pusingan pertama Masters Indonesia selepas dilaporkan masih belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan pinggang dialaminya sebelum itu.

Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan bagaimanapun, berkata kekalahan hari ini tiada kaitan dengan kecederaan dialami pemain berusia 23 tahun itu kerana dia sudah pun pulih sepenuhnya.

"Kita harus akui pihak lawan (Gemke) bermain lebih baik hari ini. Apa yang penting tidak ada kecederaan pinggang, semuanya sudah okey.

"Kita akan cuba lagi membuat yang terbaik jika beraksi dalam saingan Jelajah Dunia Akhir BWF minggu depan," kata Hendrawan.

Zii Jia yang menghuni ranking nombor tujuh dunia mula dihantui masalah kecederaan pinggang ketika aksi final Terbuka Hylo di Jerman, awal bulan ini yang menyaksikan dia menarik diri ketika set ketiga bertemu pemain Singapura, Loh Kean Yew. #sumber



Demikianlah Artikel Pemain Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia Disingkir Pusingan Pertama Terbuka Indonesia

Sekianlah artikel Pemain Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia Disingkir Pusingan Pertama Terbuka Indonesia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemain Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia Disingkir Pusingan Pertama Terbuka Indonesia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/pemain-perseorangan-lelaki-negara-lee.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemain Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia Disingkir Pusingan Pertama Terbuka Indonesia"

Catat Ulasan

Loading...