Loading...

PRN Melaka: Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon PKR, Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah

Loading...
PRN Melaka: Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon PKR, Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRN Melaka: Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon PKR, Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRN Melaka: Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon PKR, Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah
link : PRN Melaka: Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon PKR, Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah

Baca juga


PRN Melaka: Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon PKR, Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah

MELAKA - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang membatalkan sokongan terhadap kerajaan negeri sebelum ini, iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan, sah bertanding menggunakan tiket PH untuk PRN kali ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Idris, yang juga bekas ketua menteri Melaka menjadi calon PKR di DUN Asahan manakala Nor Azman sebagai calon Amanah di DUN Pantai Kundor.

“Kerusi (DUN) Asahan diperuntukkan untuk PKR. Jadi kita terimanya (Idris) sebagai ahli PKR,” katanya dalam sidang media dalam talian pengumuman calon bagi Amanah dan PKR hari ini. Anwar berkata, Idris kini adalah ahli PKR manakala Nor Azman menganggotai Amanah.

Pada PRU14, Nor Azman menang di DUN Pantai Kundor dengan memperolehi 5,773 undi ketika bertanding di bawah tiket BN. Ia merupakan kerusi yang diperuntukkan untuk Amanah dalam PH.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan PKR dan Amanah dijangka menerima dua bekas Adun UMNO Melaka itu untuk bertanding semula pada pilihan raya negeri yang bakal berlangsung 8 November ini.

Ditanya mengenai calon ketua menteri Melaka sekiranya PH menang pada PRN ini, Anwar hanya menjawab bahawa setakat ini mereka bersetuju Adly Zahari yang juga bekas ketua menteri akan mengetuai pasukan bagi pilihan raya ini.

Adly kekal bertanding sebagai calon DUN Bukit Katil.

Tiada calon daripada Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (Muda) selepas parti itu menyatakan hasrat untuk bekerjasama denan PH dalam PRN Melaka.

Berkenaan perkara itu, Anwar berkata ia telah dibawa dalam perbincangan bersama pemimpin ketiga-tiga parti komponen PH.

“Apa yang penting adalah terdapat bilangan calon-calon muda yang ketara dari DAP, Amanah dan PKR,” katanya.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lalu susulan empat Adun menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali.

Selain Idris dan Nor Azman, dua lagi Adun yang bertindak sedemikian adalah Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas). 

Calon termuda berusia 21 tahun

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi. PH menampilkan 11 calon dari PKR, lapan calon DAP dan sembilan dari Amanah.

Menurut Ketua pembangkang itu lagi, kali ini terdapat lebih ramai calon-calon baru serta yang pertama kali bertanding. “Umur pun agak lebih muda - 21, 30, 36, 40 tahun,” katanya lagi.

Calon termuda merupakan Farzana Hayani Mohd Nasir, mahasiswa jurusan Komunikasi dan Pengajian Media dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berusia 21 tahun. Dia merupakan calon PKR bagi kerusi DUN Sungai Rambai. Penamaan calon akan diadakan pada 8 Nov ini, manakala hari pengundian pada 20 Nov.

Berikut merupakan senarai calon PKR dan Amanah:

PKR

N.02 DUN Tanjung Bidara - Zainal Hassan

N.04 DUN Lendu - Mohamad Asri Ibrahim

N.06 DUN Rembia - Zamri Pakiri

N.08 DUN Machap Jaya - Law Bing Haw

N.10 DUN Asahan - Idris Haron

N.11 DUN Sungai Udang - Hasmorni Tamby

N.13 DUN Paya Rumput - Shamsul Iskandar Md. Akin

N.14 DUN Kelebang - Gue Teck*

N.18 DUN Ayer Molek - Rafee Ibrahim

N.25 DUN Rim - Prasanth Kumar Brakasam

N.28 DUN Sungai Rambai - Farzana Hayani Mohd Nasir

Amanah

N.01 DUN Kuala Linggi - Julasapiah Kasim

N.03 DUN Ayer Limau - Mazenah Baharuddin

N.05 DUN Taboh Naning - Zairi Suboh

N.09 DUN Durian Tunggal - Mohd Sofi Wahab*

N.12 DUN Pantai Kundor - Nor Azman Hassan

N.17 DUN Bukit Katil - Adly Zahari*

N.23 DUN Telok Mas - Ashraf Mukhlis Minghat

N.26 DUN Serkam - Muhammad Khomeini Kamal

N.27 DUN Merlimau - Azrin Ab Majid


DAP

N07 Gadek - G Saminathan* 

N15 Pengkalan Batu - Muhamad Danish Zainudin 

N16 Ayer Keroh - Kerk Chee Yee* 

N19 Kesidang - Allex Seah Shoo Chin*

N20 Kota Lasamana - Low Chee Leong* 

N21 Duyong - Damian Yeo Shen Li*

N22 Bandar Hilir - Leng Chau Yen

N24 Bemban - Tey Kok Kiew

* Penyandang

#sumber



Demikianlah Artikel PRN Melaka: Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon PKR, Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah

Sekianlah artikel PRN Melaka: Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon PKR, Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRN Melaka: Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon PKR, Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/prn-melaka-anwar-umumkan-idris-haron.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PRN Melaka: Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon PKR, Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah"

Catat Ulasan

Loading...