Judul : PRN Melaka: PAS Hanya "Menyokong" Dan Undi Penyandang Kerusi Jika Pertembungan PN-BN !
link : PRN Melaka: PAS Hanya "Menyokong" Dan Undi Penyandang Kerusi Jika Pertembungan PN-BN !
PRN Melaka: PAS Hanya "Menyokong" Dan Undi Penyandang Kerusi Jika Pertembungan PN-BN !
MEALAKA - PAS hanya akan menyokong penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka jika berlaku pertembungan antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri, 20 November ini, kata Pesuruhjaya PAS Melaka Kamarudin Sidek.
Jelasnya, jika PN menerusi Bersatu bertanding di kerusi DUN milik BN, PAS akan menyokong serta berkempen untuk BN walaupun lawannya dari gabungan sama.
“Pendirian ini jelas dan kita akan menyokong serta berkempen untuk penyandang kerusi itu. Begitu juga jika Bersatu penyandang dan BN bertanding, maka kita sokong dan kempen untuk Bersatu.
“Ini sudah jelas seperti mana persetujuan dicapai sebelum ini dan menepati “status quo”,” katanya.
Justeru, Kamaruddin memaklumkan pihaknya cuba mengelak daripada berlaku pertembungan kerusi di semua 28 Kerusi DUN yang dipertandingkan.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, menyokong penyandang menjadi formula parti ini sekiranya berlaku pertembungan sesama sendiri.
Pada masa sama, PAS juga akan mengundi penyandang kerusi sekiranya berlaku pertandingan antara UMNO dan Bersatu pada hari pembuangan undi.
Bagaimanapun, penganalisis berpendapat formula digunapakai PAS dilihat berada dalam keadaan tersepit di antara kerjasama dengan UMNO atau BERSATU dan hanya akan menyulitkan keadaan.
Sementara itu, Kamarudin turut memberitahu agihan kerusi antara PN dan BN masih lagi berlangsung yang melibatkan pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti. #sumber
Demikianlah Artikel PRN Melaka: PAS Hanya "Menyokong" Dan Undi Penyandang Kerusi Jika Pertembungan PN-BN !
Anda sekarang membaca artikel PRN Melaka: PAS Hanya "Menyokong" Dan Undi Penyandang Kerusi Jika Pertembungan PN-BN ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/prn-melaka-pas-hanya-menyokong-dan-undi.html
0 Response to "PRN Melaka: PAS Hanya "Menyokong" Dan Undi Penyandang Kerusi Jika Pertembungan PN-BN !"
Catat Ulasan