Loading...

PRU-15: Perikatan Nasional "Berhasrat" Untuk Tandingi Semua Kerusi Parlimen, DUN Pahang

Loading...
PRU-15: Perikatan Nasional "Berhasrat" Untuk Tandingi Semua Kerusi Parlimen, DUN Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU-15: Perikatan Nasional "Berhasrat" Untuk Tandingi Semua Kerusi Parlimen, DUN Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU-15: Perikatan Nasional "Berhasrat" Untuk Tandingi Semua Kerusi Parlimen, DUN Pahang
link : PRU-15: Perikatan Nasional "Berhasrat" Untuk Tandingi Semua Kerusi Parlimen, DUN Pahang

Baca juga


PRU-15: Perikatan Nasional "Berhasrat" Untuk Tandingi Semua Kerusi Parlimen, DUN Pahang

 


KUANTAN - Perikatan Nasional (PN) Pahang berhasrat untuk bertanding di semua 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beberapa siri pertemuan tidak rasmi antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan Pahang telah diadakan termasuk rundingan awal berkaitan agihan kerusi.

Menurutnya, perbincangan itu masih di peringkat terlalu awal dan ketiga-tiga parti bersetuju menghantar dua wakil untuk berbincang sebelum ia dibawa ke peringkat jawatankuasa PN Pahang.

"Kumpulan ini akan berbincang 'dari hati ke hati' untuk kita melihat apakah formula terbaik dalam pengagihan kerusi yang bakal ditandingi PN Pahang pada PRU-15.

"Dalam perbincangan tidak rasmi sebelum ini kita nampak ada kesefahaman tentang jumlah kerusi yang akan ditandingi.

"Rangka kasarnya sudah nampak namun setiap parti kena rujuk kepada jawatankuasa pusat parti masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Indera Mahkota di Kompleks Dagangan Mahkota sini pada malam Sabtu.

Saifuddin yang dilantik menerajui Bersatu Bahagian Indera Mahkota pada persidangan itu berkata, ketiga-tiga parti bersetuju harus ada formula untuk memulakan perbincangan berkaitan agihan kerusi.

"Buat permulaan kita hantar dua wakil setiap parti dulu untuk bincang secara 'adik beradik' mungkin sebelum hujung tahun ini.
"Rundingan kerusi perlu ambil masa dan tidak boleh dibuat dengan tergesa-gesa.Kita kena tengok kekuatan parti sebab kita bertanding untuk menang," katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata, Bersatu bahagian Indera Mahkota menyasarkan sekurang-kurang 24 cawangan dapat ditubuhkan sebelum PRU-15.

Menurutnya, ketika ini terdapat 10 cawangan berdaftar di bahagian Indera Mahkota namun hanya lima cawangan yang dibenarkan mengadakan mesyuarat.

"Kita akan hidupkan lima cawangan itu dan menambah 14 cawangan lagi untuk mencapai sasaran tersebut.

"Penubuhan cawangan baharu itu boleh dilaksanakan memandangkan senarai nama ahli sudah ada dalam rekod.

"Cuma ia perlu disusun semula berdasarkan perlembagaan parti termasuk keanggotaan mereka sudah cukup tempoh sebagai ahli atau sebaliknya," katanya.

Tambah beliau, Bersatu di bahagian lain juga diharap dapat menambah bilangan cawangan dan ahli.dengan jumlah minimum mengikut Pusat Daerah Mengundi (PDM) bahagian masing-masing.

"Kita juga sedang menyiapkan jentera pilihan raya utk berhadapan PRU-15.

"Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Pahang akan bermesyuarat segera sebelum hujung tahun ini untuk menilai kerja-kerja penubuhan cawangan di setiap bahagian di Pahang dan persiapan untuk jentera.

"Sebenaranya mesyuarat tentang jentera pilihan raya sudah diadakan beberapa bulan lalu tetapi pada mesyuarat kali ini kita hendak melihat sejauh mana ia telah bermula," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel PRU-15: Perikatan Nasional "Berhasrat" Untuk Tandingi Semua Kerusi Parlimen, DUN Pahang

Sekianlah artikel PRU-15: Perikatan Nasional "Berhasrat" Untuk Tandingi Semua Kerusi Parlimen, DUN Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU-15: Perikatan Nasional "Berhasrat" Untuk Tandingi Semua Kerusi Parlimen, DUN Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/pru-15-perikatan-nasional-berhasrat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRU-15: Perikatan Nasional "Berhasrat" Untuk Tandingi Semua Kerusi Parlimen, DUN Pahang"

Catat Ulasan

Loading...