Judul : Seorang Lelaki Maut, Seorang Cedera Selepas Terjatuh Daripada Buaian "Funfair" Di Cheras !
link : Seorang Lelaki Maut, Seorang Cedera Selepas Terjatuh Daripada Buaian "Funfair" Di Cheras !
Seorang Lelaki Maut, Seorang Cedera Selepas Terjatuh Daripada Buaian "Funfair" Di Cheras !
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari buaian berpusing di tapak pesta ria berhampiran pusat beli-belah AEON Jusco di Cheras Selatan, dekat Kajang tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Nasir Drahman berkata, mangsa berusia 39 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kajang di lokasi kejadian.
“Seorang lagi mangsa turut mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.05 tengah malam, daripada lelaki pekerja pesta ria berkenaan.
Katanya siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.
“Kita masih menyiasat kejadian itu untuk mengetahui punca sebenar ia berlaku sama ada terdapat kecuaian pada pihak pemilik pesta ria atau mangsa sendiri.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk tindakan lanjut dan bedah siasat yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Nasir turut menyeru semua pihak terutama orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu.
“Siasatan terperinci akan dijalankan pihak polis berkait dengan kejadian ini,” katanya.
Nasir turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Mohd Emran Mohd Noor di talian 013-7638512 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. #sumber
Demikianlah Artikel Seorang Lelaki Maut, Seorang Cedera Selepas Terjatuh Daripada Buaian "Funfair" Di Cheras !
Anda sekarang membaca artikel Seorang Lelaki Maut, Seorang Cedera Selepas Terjatuh Daripada Buaian "Funfair" Di Cheras ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/11/seorang-lelaki-maut-seorang-cedera.html
0 Response to "Seorang Lelaki Maut, Seorang Cedera Selepas Terjatuh Daripada Buaian "Funfair" Di Cheras !"
Catat Ulasan