Loading...

Anwar Tak Nafi Atau Mengiyakan Ura-Ura Yang Beliau Sedang 'Intai' Kerusi Parlimen Di Johor !

Loading...
Anwar Tak Nafi Atau Mengiyakan Ura-Ura Yang Beliau Sedang 'Intai' Kerusi Parlimen Di Johor ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Tak Nafi Atau Mengiyakan Ura-Ura Yang Beliau Sedang 'Intai' Kerusi Parlimen Di Johor !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Tak Nafi Atau Mengiyakan Ura-Ura Yang Beliau Sedang 'Intai' Kerusi Parlimen Di Johor !
link : Anwar Tak Nafi Atau Mengiyakan Ura-Ura Yang Beliau Sedang 'Intai' Kerusi Parlimen Di Johor !

Baca juga


Anwar Tak Nafi Atau Mengiyakan Ura-Ura Yang Beliau Sedang 'Intai' Kerusi Parlimen Di Johor !

KLUANG - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan atau mengiyakan ura-ura yang beliau sedang mengintai kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenainya.

"Yaka? Di mana? Simpang Renggam dia (Dr Maszlee Malik) tidak bagi tetapi seperti mana biasa, ini terlalu awal.

"Mereka baca (nampak) sebab saya datang ke sini di Kluang dan Simpang Renggam. Saya tidak kata tidak, tapi saya tak tahu," katanya ketika ditemui selepas Program Jelajah Presiden di sini, hari ini.

Terdahulu, Anwar menerima borang keahlian PKR daripada Maszlee dan 500 ahli baharu ke dalam Cabang Simpang Renggam di Dewan JKKK Kampung Baru Machap.

Sebelum ini, timbul ura-ura Ketua Pembangkang itu mungkin bertanding di Batu Pahat, Tebrau atau Segamat yang kini disandang bekas wakil rakyat PKR yang melompat ke parti lain.

Mengulas penyertaan Maszlee ke dalam PKR, Anwar berkata, kemasukan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu memberi suntikan baharu yang sangat bermakna kepada parti.

"Beliau mewakili barisan golongan muda yang boleh memperkuatkan lagi kedudukan parti," katanya.

Ditanya adakah ia memberi bayangan awal Maszlee akan mempertahankan kerusi Simpang Renggam di bawah tiket PKR, Anwar berkata, perbincangan ke arah itu akan dilakukan selepas ini.

"Soal kerusi belum lagi kita bincang tapi tentulah kenyataan beliau diambil kira prestasinya sebagai antara Ahli Parlimen yang banyak turun ke bawah dan prestasi ketika menjadi menteri yang saya percaya akan diberi pertimbangan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Anwar Tak Nafi Atau Mengiyakan Ura-Ura Yang Beliau Sedang 'Intai' Kerusi Parlimen Di Johor !

Sekianlah artikel Anwar Tak Nafi Atau Mengiyakan Ura-Ura Yang Beliau Sedang 'Intai' Kerusi Parlimen Di Johor ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Tak Nafi Atau Mengiyakan Ura-Ura Yang Beliau Sedang 'Intai' Kerusi Parlimen Di Johor ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/12/anwar-tak-nafi-atau-mengiyakan-ura-ura.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anwar Tak Nafi Atau Mengiyakan Ura-Ura Yang Beliau Sedang 'Intai' Kerusi Parlimen Di Johor !"

Catat Ulasan

Loading...