Loading...

Dua Beradik 'Hidup Mewah' Hasil Aktiviti Jual Dadah Sekitar Kawasan Felda Di Tahan Polis !

Loading...
Dua Beradik 'Hidup Mewah' Hasil Aktiviti Jual Dadah Sekitar Kawasan Felda Di Tahan Polis ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Beradik 'Hidup Mewah' Hasil Aktiviti Jual Dadah Sekitar Kawasan Felda Di Tahan Polis !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Beradik 'Hidup Mewah' Hasil Aktiviti Jual Dadah Sekitar Kawasan Felda Di Tahan Polis !
link : Dua Beradik 'Hidup Mewah' Hasil Aktiviti Jual Dadah Sekitar Kawasan Felda Di Tahan Polis !

Baca juga


Dua Beradik 'Hidup Mewah' Hasil Aktiviti Jual Dadah Sekitar Kawasan Felda Di Tahan Polis !

 

KUANTAN - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di kawasan Felda sekitar daerah ini berikutan penahanan dua beradik yang disyaki menjadi dalang pada Isnin dan Selasa lalu.

Susulan penahanan lelaki berusia 40 dan 43 tahun itu, polis menemui dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan seberat lebih tujuh kilogram bernilai RM392,000.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, turut dirampas ialah wang tunai lebih RM180,000 serta kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Raptor bernilai RM210,000 dan tiga akaun bank dengan nilai simpanan sebanyak RM258,126.

Beliau berkata, nilai rampasan dadah dan sitaan harta disyaki hasil kegiatan haram itu mencecah RM1.04 juta.

"Suspek pertama ditahan dalam kenderaan Ford Raptor ketika diletakkan di tepi jalan selepas Plaza Tol Kuantan kira-kira jam 11.30 malam Isnin.

"Suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Kotasas di sini sebelum menemui dadah tersebut.

"Hasil pemeriksaan, kita menemui dadah jenis heroin dianggarkan seberat 4.18 kilogram (kg), selain syabu (1.314 kg), pil yaba (415.80 gram) dan eramin 5 (1.1 kg)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Jumaat.

Ramli berkata, pasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Pahang kemudian melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di Felda Panching Utara di sini kira-kira jam 12.30 tengah malam Selasa.

"Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati kedua-dua mereka bebas daripada sebarang pengaruh dadah. Bagaimanapun, semakan rekod mendapati kedua-duanya memiliki rekod jenayah lampau berkait kes dadah," kata beliau.

Tambah Ramli, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, sindiket pengedaran didalangi dua beradik itu dipercayai bergiat aktif sejak setahun lalu dengan menjadikan kawasan Felda sekitar daerah ini sebagai sasaran.

"Polis tidak menolak kemungkinan bekalan dadah diperoleh dari Lembah Klang," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Dua Beradik 'Hidup Mewah' Hasil Aktiviti Jual Dadah Sekitar Kawasan Felda Di Tahan Polis !

Sekianlah artikel Dua Beradik 'Hidup Mewah' Hasil Aktiviti Jual Dadah Sekitar Kawasan Felda Di Tahan Polis ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Beradik 'Hidup Mewah' Hasil Aktiviti Jual Dadah Sekitar Kawasan Felda Di Tahan Polis ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/12/dua-beradik-hidup-mewah-hasil-aktiviti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dua Beradik 'Hidup Mewah' Hasil Aktiviti Jual Dadah Sekitar Kawasan Felda Di Tahan Polis !"

Catat Ulasan

Loading...