Judul : Fuziah Salleh: Dari Mana Datangnya Longgokan Kayu Balak, Jika Benar Tiada Pembalakan?
link : Fuziah Salleh: Dari Mana Datangnya Longgokan Kayu Balak, Jika Benar Tiada Pembalakan?
Fuziah Salleh: Dari Mana Datangnya Longgokan Kayu Balak, Jika Benar Tiada Pembalakan?
KUANTAN - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh tampil mempersoalkan longgokan kayu-kayan yang hanyut ketika banjir melanda Telemong di Karak.
Katanya, batang-batang kayu boleh dilihat dengan jelas di Kampung Sri Telemong.
"Beribu-ribu batang kayu hanyut sewaktu banjir. Persoalannya, bagaimana kayu-kayan ini boleh sampai ke sini? Dari mana ianya datang?" soalnya.
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) kemudian tampil menjelaskan bahawa tiada aktiviti pembalakan, sebaliknya ia adalah kesan daripada fenomena kepala air.
Namun, kenyataan itu tetap menimbulkan pertikaian.
"Kepala air itu memang fenomena semula jadi," balas Fuziah.
"Cuma longgokan kayu itu, dari mana pulak datangnya. Sungguh cantik dan kemas ‘kepala air’ memotong kayu balak ini. #sumber
Demikianlah Artikel Fuziah Salleh: Dari Mana Datangnya Longgokan Kayu Balak, Jika Benar Tiada Pembalakan?
Anda sekarang membaca artikel Fuziah Salleh: Dari Mana Datangnya Longgokan Kayu Balak, Jika Benar Tiada Pembalakan? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/12/fuziah-salleh-dari-mana-datangnya.html
0 Response to "Fuziah Salleh: Dari Mana Datangnya Longgokan Kayu Balak, Jika Benar Tiada Pembalakan?"
Catat Ulasan