Loading...

Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan RM5.79 Juta

Loading...
Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan RM5.79 Juta - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan RM5.79 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan RM5.79 Juta
link : Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan RM5.79 Juta

Baca juga


Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan RM5.79 Juta

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang pada Isnin membentangkan Belanjawan 2022 bertemakan 'Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera' dengan anggaran lebihan RM5.79 juta.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, melalui Belanjawan 2022 itu, RM1.031 bilion akan diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus merangkumi perbelanjaan emolumen, perkhidmatan dan bekalan, pemberian bayaran tetap, perbelanjaan lain dan aset.

Menurutnya, anggaran perbelanjaan mengurus untuk tahun 2022 meningkat sebanyak RM235.57 juta atau 29.61 peratus berbanding tahun 2021.

"Bagi perbelanjaan pembangunan, peruntukan disediakan RM323.26 juta melibatkan projek infrastruktur RM171.98 juta dengan pembiayaan cara langsung manakala RM151.28 juta daripada pinjaman bagi membiayai projek bekalan air.

"Kerajaan Negeri menyasarkan kutipan hasil tahun hadapan sebanyak RM1.036 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM236 juta atau 29.4 peratus berbanding anggaran tahun 2021," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2022 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang.

Wan Rosdy turut memaklumkan, kutipan hasil tahun 2022 dijangka diperoleh daripada hasil tanah sebanyak RM643.71 juta diikuti hasil perhutanan (RM 150.10 juta), hasil air (RM19.41 juta), geran Kerajaan Pusat (RM101.05 juta) dan lain-lain hasil (RM122.09 juta).

Menurutnya, kutipan hasil negeri dijangka mengalami peningkatan melalui pelaksanaan yang lebih bersepadu bagi kutipan cukai, premium dan hasil tanah.

"Bagaimanapun, jumlah hasil sebenar bergantung kepada prestasi kutipan hasil dan perbelanjaan pada tahun 2022," katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri sentiasa memastikan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat utama dalam pentadbiran dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi secara holistik.

"Keutamaan kepada rakyat supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan kehidupan dalam situasi pandemik Covid-19.

"Belanjawan Tahun 2022 memberi fokus kepada lima strategi utama iaitu memenuhi keperluan dan melengkapkan kemudahan asas rakyat, mensejahterakan kehidupan dan pembangunan sosial ekonomi, pelan pemulihan pasca Covid-19 dan pemantapan pentadbiran," katanya.

Wan Rosdy berkata, antara yang diberi perhatian dalam Belanjawan Negeri 2022 termasuk isu perumahan dan kemudahan rakyat, pembangunan institusi agama Islam, kebajikan orang kurang upaya (OKU), meningkatkan taraf kesihatan rakyat, pendidikan dan pembangunan infrastruktur. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan RM5.79 Juta

Sekianlah artikel Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan RM5.79 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan RM5.79 Juta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/12/kerajaan-negeri-pahang-umumkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Negeri Pahang Umumkan Belanjawan 2022 Dengan Anggaran Lebihan RM5.79 Juta"

Catat Ulasan

Loading...