Judul : Mahkamah Rayuan: Hakim Dakwa Kesalahan Najib Bermula Penubuhan SRC Intermational
link : Mahkamah Rayuan: Hakim Dakwa Kesalahan Najib Bermula Penubuhan SRC Intermational
Mahkamah Rayuan: Hakim Dakwa Kesalahan Najib Bermula Penubuhan SRC Intermational
PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu menyatakan, penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam kesalahan sebagaimana pertuduhan dapat dilihat bermula dengan penubuhan Syarikat SRC International Sdn Bhd itu sendiri.
Ketika membaca keputusan penghakiman dalam bahasa Inggeris, hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, ia sehinggalah kepada isu kerajaan menjadi penjamin kepada syarikat bermasalah SRC kemudian kelulusan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).
Beliau berkata, Najib selaku perayu, terlibat dalam kelulusan pinjaman RM42 juta itu kemudiannya dimasukkan ke akaun bank perayu.
Ketika bersidang bersama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, beliau berkata, keputusan dan tindakan perayu berkenaan SRC telah dilakukan dalam satu tempoh masa untuk kepentingan peribadinya sendiri.
“Motivasi untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat kabinet dan meluluskan jaminan kerajaan adalah untuk mewujudkan akses kepada dana SRC.
“Justeru, kami dapati sebutan dua keputusan kabinet dalam pertuduhan tunggal di bawah seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyalahi peraturan,” katanya ketika prosiding dijalankan menerusi aplikasi Zoom. #sumber
Demikianlah Artikel Mahkamah Rayuan: Hakim Dakwa Kesalahan Najib Bermula Penubuhan SRC Intermational
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Rayuan: Hakim Dakwa Kesalahan Najib Bermula Penubuhan SRC Intermational dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/12/mahkamah-rayuan-hakim-dakwa-kesalahan.html
0 Response to "Mahkamah Rayuan: Hakim Dakwa Kesalahan Najib Bermula Penubuhan SRC Intermational"
Catat Ulasan