Judul : Pekerja Ladang Di Felda Chini 2, Pekan Korban Ke-12 Musibah Banjir Besar Di Negeri Pahang !
link : Pekerja Ladang Di Felda Chini 2, Pekan Korban Ke-12 Musibah Banjir Besar Di Negeri Pahang !
Pekerja Ladang Di Felda Chini 2, Pekan Korban Ke-12 Musibah Banjir Besar Di Negeri Pahang !
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa Che Rustam Che Su, 36, ditemukan tidak jauh dari lokasi dia dikatakan terjatuh semasa meredah air melimpah setinggi lima meter di laluan rendah di ladang itu pada jam 3.40 petang.
Beliau berkata, mangsa dikatakan ke ladang itu pada jam 9 pagi bersama bapa dan abangnya dengan menunggang motosikal berasingan bagi mengambil buah kelapa sawit.
"Abang mangsa mendakwa melihat mangsa tenggelam dan terkapai-kapai selepas terjatuh kerana difahamkan dia tidak pandai berenang.
"Kejadian dipercayai berlaku kerana mangsa tidak menyangka laluan itu dinaiki air agak dalam kesan daripada hujan sejak beberapa hari lalu," katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
Mohd Zaidi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.
Beliau berkata, selain polis, operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut membabitkan bomba termasuk Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan.
Susulan penemuan itu, mangsa adalah mangsa ke-12 yang meninggal dunia sejak banjir melanda Pahang, beberapa hari lalu. #sumber
Demikianlah Artikel Pekerja Ladang Di Felda Chini 2, Pekan Korban Ke-12 Musibah Banjir Besar Di Negeri Pahang !
Anda sekarang membaca artikel Pekerja Ladang Di Felda Chini 2, Pekan Korban Ke-12 Musibah Banjir Besar Di Negeri Pahang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/12/pekerja-ladang-di-felda-chini-2-pekan.html
0 Response to "Pekerja Ladang Di Felda Chini 2, Pekan Korban Ke-12 Musibah Banjir Besar Di Negeri Pahang !"
Catat Ulasan