Loading...

Sri Pahang FC Umum Seramai 14 Pemain Tidak Lagi Bersama Pasukan Tersebut Musim Depan !

Loading...
Sri Pahang FC Umum Seramai 14 Pemain Tidak Lagi Bersama Pasukan Tersebut Musim Depan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sri Pahang FC Umum Seramai 14 Pemain Tidak Lagi Bersama Pasukan Tersebut Musim Depan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sri Pahang FC Umum Seramai 14 Pemain Tidak Lagi Bersama Pasukan Tersebut Musim Depan !
link : Sri Pahang FC Umum Seramai 14 Pemain Tidak Lagi Bersama Pasukan Tersebut Musim Depan !

Baca juga


Sri Pahang FC Umum Seramai 14 Pemain Tidak Lagi Bersama Pasukan Tersebut Musim Depan !

KUANTAN - Sri Pahang FC baru-baru ini mengumumkan satu berita apabila bukan tiga atau empat pemain bakal meninggalkan pasukan tetapi 14 pemain! Perkara tersebut mengejutkan penyokong kelab itu, membawa kepada komen berbaur kecaman.

Menerusi perkongsian di halaman rasmi Facebook skuad Tok Gajah itu, sekeping gambar dimuat naik memaparkan para pemain yang tidak lagi bersama pasukan. Berserta gambar itu ialah penerangan terhadap situasi yang sedang berlaku di kem pasukan itu.

Faisal Rosli yang merupakan pemain paling lama dalam pasukan dan satu-satunya anggota skuad juara Piala Malaysia 2014 yang kekal setia akan membawa haluan berbeza setelah 9 tahun menabur bakti.

Penjaga gol veteran, Helmi Eliza yang telah bersama Sri Pahang FC sejak 2016 turut mengikut jejak langkah Faisal. Kelibat kapten pasukan tahun ini iaitu Muslim Ahmad tidak akan kelihatan lagi selepas lima tahun mengemudi benteng pertahanan.

Seterusnya, Fazly Mazlan yang merupakan pemain pinjaman kembali ke pangkuan Johor Darul Takzim setelah kontraknya tamat manakala pemain muda Zazrir Naim pula telah menerima tawaran menyertai Pusat Latihan Polis (Pulapol).

Empat pemain yang jarang membuat penampilan juga memilih untuk mencari angin baru. Mereka ialah Ezanie Salleh, Arisazri Juhari, Hazri Rozali dan Faizal Rani. Paling tak disangka pastinya keputusan pengurusan Sri Pahang FC yang melepaskan kelima-lima pemain import.

Herold Goulon merupakan pemain import paling lama berkhidmat sejak 3 tahun yang lalu menjadi nadi penting sebagai pertahanan. Manuel Hidalgo, Aung Kaung Mann, Abubakar Yakubu dan Kenjok Wal Athiu yang dibawa masuk pada pertengahan musim lalu juga dilepaskan walaupun membantu pasukan keluar dari zon penyingkiran.

Rata-rata penyokong tidak berpuas hati dengan tindakan pengurusan Sri Pahang FC. Malah, mereka ingin jurulatih semasa, Dollah Salleh, yang meninggalkan pasukan bukan para pemain yang bagus. Sama-sama kita saksikan bagaimana perancangan skuad Tok Gajah mengharungi musim baharu. #sumber




Demikianlah Artikel Sri Pahang FC Umum Seramai 14 Pemain Tidak Lagi Bersama Pasukan Tersebut Musim Depan !

Sekianlah artikel Sri Pahang FC Umum Seramai 14 Pemain Tidak Lagi Bersama Pasukan Tersebut Musim Depan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sri Pahang FC Umum Seramai 14 Pemain Tidak Lagi Bersama Pasukan Tersebut Musim Depan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/12/sri-pahang-fc-umum-seramai-14-pemain.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sri Pahang FC Umum Seramai 14 Pemain Tidak Lagi Bersama Pasukan Tersebut Musim Depan !"

Catat Ulasan

Loading...