Judul : Al-Fatihah: Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah
link : Al-Fatihah: Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah
Al-Fatihah: Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah
KUANTAN - Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Wahab Mohamad Ali meninggal dunia, hari ini,
Abdul Wahab, 61, meninggal dunia dipercayai menghidap kanser darah di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini pada jam 5.42 petang.
Sepanjang perkhidmatan, Allahyarham pernah berkhidmat dengan tiga Menteri Besar iaitu Tun Mohd Khalil Yaakob, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Allahyarham memulakan kerjaya sebagai Pegawai Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada 1984.
Pada 1989, Allahyarham bertukar ke Biro Pahang sebagai Pewarta Pahang sebelum kembali ke ibu pejabat BERNAMA sebagai Penolong Editor Meja Berita pada 1994.
Pada 1 Julai 1995, Allahyarham dilantik secara pinjaman sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang dan bersara pilihan pada 2006.
Selepas itu, Allahyarham meneruskan perkhidmatan sebagai Setiausaha Akhbar sehingga akhir hayatnya.
Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid Indera Mahkota 5 dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi selepas Maghrib malam tadi. #sumber
Krew penerbitan Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan kalangan orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah
Demikianlah Artikel Al-Fatihah: Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah
Anda sekarang membaca artikel Al-Fatihah: Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/01/al-fatihah-setiausaha-akhbar-menteri.html
0 Response to "Al-Fatihah: Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah"
Catat Ulasan