Loading...

Dakwaan Fitnah: Aktivis Khaidir Ahmad Buat Laporan Polis Terhadap "Pahangku Media" !

Loading...
Dakwaan Fitnah: Aktivis Khaidir Ahmad Buat Laporan Polis Terhadap "Pahangku Media" ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwaan Fitnah: Aktivis Khaidir Ahmad Buat Laporan Polis Terhadap "Pahangku Media" !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwaan Fitnah: Aktivis Khaidir Ahmad Buat Laporan Polis Terhadap "Pahangku Media" !
link : Dakwaan Fitnah: Aktivis Khaidir Ahmad Buat Laporan Polis Terhadap "Pahangku Media" !

Baca juga


Dakwaan Fitnah: Aktivis Khaidir Ahmad Buat Laporan Polis Terhadap "Pahangku Media" !

 

TEMERLOH - Aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) disini petang tadi, atas dakwaan difitnah oleh portal Kerajaan Pahang, Pahangku Media.

Pahangku Media adalah salah sebuah portal kerajaan selain daripada Pahang Media dan Fikrah Pahang. Posting tersebut telah dikeluarkan di page terbabit semalam. klik https://www.facebook.com/173935606013378/posts/6715496331857240/

Difahamkan, posting berkenaan turut menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen yang membacanya. Mereka mendakwa kreadibiliti portal terbabit rosak apabila mengekuarkan berita 'sampah' seperti itu.

Menurut Khaidir, laporan dibuat kerana portal terbabit jelas sekali berniat jahat dengan membuat tuduhan berbaur jenayah terhadapnya. Klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208648072037391&id=1778074021

"Saya sungguh terkejut apabila membaca posting terkini Facebook Pahangku Media, iaitu sebuah portal berita Kerajaan Negeri Pahang, yang bertajuk “IKLAN UBAT KUAT KHAIDIR AHMAD : EKSPLOITASI KANAK-KANAK”

" Posting berkenaan adalah satu serangan peribadi dan penghinaan terhadap diri saya dan keluarga saya kerana saya tidak pernah terbabit dalam mana-mana perniagaan atau pengiklanan berkaitan “ubat kuat", kata kenyataan terbaharu di facebook beliau.

Menurut Khaidir yang juga dikenali sebagai Wartawan Tua, posting berkenaan adalah fitnah yang berniat jahat dan bertujuan memburukkan reputasi beliau sebagai seorang wartawan yang pernah memenangi Anugerah Kewartawanan Kebangsaan Malaysia dan seorang penulis yang pernah memenangi Anugerah Novel Kebangsaan Malaysia.

Malah katanya lagi, posting berkenaan adalah satu tuduhan berbaur jenayah terhadap terhadap diri saya kerana “eksploitasi kanan-kanak” adalah kesalahan jenayah mengikut undang-undang.

"Lebih berniat jahat, tuduhan itu dikaitkan pula dengan “Iklan ubat kuat Khaidir Ahmad” dan yang menggambarkan saya seolah-olah sebagai pengeluar “ubat kuat” dan mengiklankan “ubat kuat” yang sering diberi persepsi buruk oleh umum.

"Tajuk: “IKLAN UBAT KUAT KHAIDIR AHMAD : EKSPLOITASI KANAK-KANAK” yang disertakan dengan gambar seorang kanak-kanak perempuan dalam posting itu pula boleh memberi persepsi buruk umum terhadap diri saya sebagai seorang yang tidak bermaruah dan rosak akhlak," tambah bekas Ketua Pengarang Berita TV3 itu.

Justeru dakwa beliau, dia tidak ada pilihan selain mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis sebelum membawa pihak-pihak terbabit ke mahkamah untuk pengadilan.

Klik video di https://youtu.be/E0gUoZfvEJU

"Walaupun saya seorang muflis akibat kezaliman Pihak Berkuasa Negeri (PBN), saya masih mempunyai maruah dan hak untuk mendapatkan keadilan mahkamah terhadap mana-mana pihak pihak yang menghina, memfitnah dan membuat tuduhan jahat terhadap saya.

"InSyaAllah, saya mempunyai keluarga dan anak-anak yang mampu membiayai kos guaman demi mempertahankan maruah bapanya. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya dan keluarga saya bagi mempertahankan maruah keluarga kami ini," dakwa kenyataan Khaidir lagi. 

Yang turut hadir ketika laporan polis dibuat ialah seorang lagi aktivis iaitu Blogger Cucumatkilau. #PDO



Demikianlah Artikel Dakwaan Fitnah: Aktivis Khaidir Ahmad Buat Laporan Polis Terhadap "Pahangku Media" !

Sekianlah artikel Dakwaan Fitnah: Aktivis Khaidir Ahmad Buat Laporan Polis Terhadap "Pahangku Media" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dakwaan Fitnah: Aktivis Khaidir Ahmad Buat Laporan Polis Terhadap "Pahangku Media" ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/01/dakwaan-fitnah-aktivis-khaidir-ahmad.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dakwaan Fitnah: Aktivis Khaidir Ahmad Buat Laporan Polis Terhadap "Pahangku Media" !"

Catat Ulasan

Loading...