Loading...

Guru Madrasah, Pelajarnya Di Denda RM1,500 Dakwaan Ceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) !

Loading...
Guru Madrasah, Pelajarnya Di Denda RM1,500 Dakwaan Ceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru Madrasah, Pelajarnya Di Denda RM1,500 Dakwaan Ceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru Madrasah, Pelajarnya Di Denda RM1,500 Dakwaan Ceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) !
link : Guru Madrasah, Pelajarnya Di Denda RM1,500 Dakwaan Ceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) !

Baca juga


Guru Madrasah, Pelajarnya Di Denda RM1,500 Dakwaan Ceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) !

 

SUNGAI PETANI - Guru di sebuah madrasah bersama seorang pelajarnya didenda masing-masing RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan menceroboh Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi, Sik tahun lalu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh, Ismail Taib, 69, dan Kairulanuar Zulkifili, 34, dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Hakim Najwa Che Mat membuat keputusan itu selepas kedua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan.

Mengikut pertuduhan, mereka dituduh memasuki kawasan hutan tertutup iaitu Kompartmen 23, Hutan Simpan Rimba Teloi tanpa memiliki permit memasuki hutan simpanan kekal pada 11.30 pagi, 23 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 47 (1) (c) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) yang diterima pakai oleh Kedah di bawah Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1985 dan boleh dihukum mengikut subseksyen 47 (4) Enakmen yang sama.

Sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Naquiah Jusoh dan Naliatul Huzaimi b Ab Rasip, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, Ismail yang juga guru madrasah di Kampung Tembak B di Kuala Ketil, Baling dan Kairulanuar dari Kampung Padang Kuli, Kuala Ketil ditahan anggota Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) yang melakukan rondaan di hutan simpan berkenaan pada 11.30 pagi 23 Ogos tahun lalu.

Kedua-dua mereka dijejaki selepas anggota yang bertugas mendengar bunyi mesin gergaji rantai sebelum mereka ditemui sedang berehat di kawasan lapang yang sudah dibersihkan selain terdapat pembakaran kayu di situ.

Selepas gagal mengemukakan permit memasuki hutan simpan kekal mereka ditahan dan anggota bertugas turut merampas tiga bilah parang, tiga tong minyak dan tiga motosikal.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh dalam rayuan meminta denda dikurangkan berikutan orang susah dan menanggung keluarga.

Bagaimanapun Naquiah memohon satu hukuman setimpal dikenakan memandangkan mereka melakukan kesalahan menceroboh hutan simpan.

Ini kerana katanya, hutan simpan ada;ah kawasan tadahan air bagi mengelak berlakunya bencana alam.

Kedua-dua tertuduh kemudiannya membayar denda berkenaan di Kompleks Mahkamah Sungai Petani. #sumber



Demikianlah Artikel Guru Madrasah, Pelajarnya Di Denda RM1,500 Dakwaan Ceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) !

Sekianlah artikel Guru Madrasah, Pelajarnya Di Denda RM1,500 Dakwaan Ceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru Madrasah, Pelajarnya Di Denda RM1,500 Dakwaan Ceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/01/guru-madrasah-pelajarnya-di-denda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guru Madrasah, Pelajarnya Di Denda RM1,500 Dakwaan Ceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) !"

Catat Ulasan

Loading...