Judul : Jabatan Perhutanan Pahang Gagalkan Cubaan Pindah Tual Balak Dari Hutan Simpan Lakum !
link : Jabatan Perhutanan Pahang Gagalkan Cubaan Pindah Tual Balak Dari Hutan Simpan Lakum !
Jabatan Perhutanan Pahang Gagalkan Cubaan Pindah Tual Balak Dari Hutan Simpan Lakum !
KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berjaya menumpaskan cubaan memindahkan 27 tual balak bersaiz 2.4 meter panjang tanpa permit di Hutan Simpan Lakum, Bentong pada Sabtu.
Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) JPNP, Nor Azirim Ahmad berkata, kegiatan itu berjaya dikesan hasil aduan orang awam berhubung aktiviti pencerobohan di kompartmen 11 hutan simpan.
Menurutnya, semakan dilakukan di dalam kawasan terbabit menemui tiga longgok balak pelbagai spesies seperti perah, mempening, kelat dan berangan bersaiz panjang 2.4 meter panjang bernilai lebih RM7,000.
"Selain itu, pihak kita turut menemui jentera yang digunakan untuk mengangkat balak dan motorsikal jenis Honda EX5 dipercayai milik individu yang melakukan kegiatan haram itu.
"Kita percaya ia adalah satu kegiatan haram dan sindiket ini dipercayai mempunyai pengalaman luas dalam melakukan kegiatan menceroboh hutan simpan serta memindahkan balak tanpa permit di daerah ini berdasarkan kerja-kerja yang mereka lakukan.
"Mereka ini terdiri daripada tiga individu tempatan yang mempunyai rangkaian aktiviti berkenaan terutama membabitkan pemandu lori dan pengusaha kilang papan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Nor Azirim menjelaskan, kesemua balak yang ditebang mengikut saiz ditempatkan dalam ladang kelapa sawit yang terletak bersebelahan dengan Hutan Simpan Lakum buat sementara.
Katanya, penempatan kayu balak itu dilakukan di kawasan itu bagi memudahkan proses pemindahan balak yang dipercayai akan dilakukan waktu malam. #sumber
Demikianlah Artikel Jabatan Perhutanan Pahang Gagalkan Cubaan Pindah Tual Balak Dari Hutan Simpan Lakum !
Anda sekarang membaca artikel Jabatan Perhutanan Pahang Gagalkan Cubaan Pindah Tual Balak Dari Hutan Simpan Lakum ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/01/jabatan-perhutanan-pahang-gagalkan.html
0 Response to "Jabatan Perhutanan Pahang Gagalkan Cubaan Pindah Tual Balak Dari Hutan Simpan Lakum !"
Catat Ulasan