Loading...

Kampung Sungai Perdak Karak, Kini Jadi Sunyi Selepas Tragedi Kepala Air Dan Banjir Lumpur !

Loading...
Kampung Sungai Perdak Karak, Kini Jadi Sunyi Selepas Tragedi Kepala Air Dan Banjir Lumpur ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kampung Sungai Perdak Karak, Kini Jadi Sunyi Selepas Tragedi Kepala Air Dan Banjir Lumpur !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kampung Sungai Perdak Karak, Kini Jadi Sunyi Selepas Tragedi Kepala Air Dan Banjir Lumpur !
link : Kampung Sungai Perdak Karak, Kini Jadi Sunyi Selepas Tragedi Kepala Air Dan Banjir Lumpur !

Baca juga


Kampung Sungai Perdak Karak, Kini Jadi Sunyi Selepas Tragedi Kepala Air Dan Banjir Lumpur !

BENTONG – Kampung Sungai Perdak, Karak di sini yang dilanda kejadian kepala air dan banjir lumpur kini bagaikan kawasan penempatan yang ditinggalkan.

Tinjauan media  mendapati kawasan kampung tersebut sunyi sepi kerana penduduk masih belum pulang ke kediaman masing-ma­sing kerana rumah mereka rosak, malah hampir roboh dihentam batang pokok.

Batang pokok yang hanyut ke kawasan rumah itu sebahagian besarnya dikumpulkan di tepi sungai selain terdapat longgokan balak masih ‘tersadai’ di pekarangan rumah penduduk.

Di kawasan tebing sungai pula, terdapat longgokan batang kayu dikumpulkan bagi memastikan aliran sungai lancar.

Ketua Kampung Sungai Perdak, Thu Yin Li berkata, meskipun kerja-kerja pembersihan masih dilakukan, pokok yang hanyut masih lagi banyak terutama di tebing sungai berhampiran kampung tersebut.

“Kejadian bah teruk yang membawa lumpur dan kayu-kayu telah menyebabkan kira-kira 29 buah rumah rosak, manakala dua buah rumah lagi telah dihanyutkan arus deras.

“Selepas 25 hari bencana ini berlaku, hanya enam buah rumah yang diperbuat daripada batu bata boleh didiami oleh penghuninya, manakala selebih­nya pula yang dibina daripada papan musnah. Penduduk terpaksa mencari tempat lain untuk berteduh,” katanya kepada Kos­mo! di sini semalam.

Menurut Yin Li, pada masa ini, kebanyakan mangsa-mangsa banjir masih menumpang di rumah saudara-mara mereka atau menyewa di rumah lain sementara kediaman masing-masing dibaiki dan dibina semula.

Tambah beliau, setakat ini, hanya satu keluarga masih me­numpang di Dewan Telemong di sini yang sebelum ini dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara.

Sementara itu, penduduk, See Kam Heng, 55, memberitahu, dia bersama ibu bapa dan anaknya masih menumpang di Dewan Telemong memandangkan rumah­nya masih belum dapat dibaiki dan dibersihkan sepenuhnya.

“Struktur rumah saya separuh batu dan papan rosak dan dipenuhi lumpur sehingga paras lutut menyebabkan proses pembersihan dan pembaikan memakan masa agak lama.

“Jadi, saya tidak mempu­nyai pilihan kecuali menumpang di sini untuk sementara waktu sehingga rumah kami dapat diduduki semula,” ujarnya. #sumber



Demikianlah Artikel Kampung Sungai Perdak Karak, Kini Jadi Sunyi Selepas Tragedi Kepala Air Dan Banjir Lumpur !

Sekianlah artikel Kampung Sungai Perdak Karak, Kini Jadi Sunyi Selepas Tragedi Kepala Air Dan Banjir Lumpur ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kampung Sungai Perdak Karak, Kini Jadi Sunyi Selepas Tragedi Kepala Air Dan Banjir Lumpur ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/01/kampung-sungai-perdak-karak-kini-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kampung Sungai Perdak Karak, Kini Jadi Sunyi Selepas Tragedi Kepala Air Dan Banjir Lumpur !"

Catat Ulasan

Loading...