Loading...

Mangsa Banjir Kecewa: Beratur Panjang Waktu Hujan, Tiba-Tiba Nama Tiada Di Dalam Senarai

Loading...
Mangsa Banjir Kecewa: Beratur Panjang Waktu Hujan, Tiba-Tiba Nama Tiada Di Dalam Senarai - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mangsa Banjir Kecewa: Beratur Panjang Waktu Hujan, Tiba-Tiba Nama Tiada Di Dalam Senarai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mangsa Banjir Kecewa: Beratur Panjang Waktu Hujan, Tiba-Tiba Nama Tiada Di Dalam Senarai
link : Mangsa Banjir Kecewa: Beratur Panjang Waktu Hujan, Tiba-Tiba Nama Tiada Di Dalam Senarai

Baca juga


Mangsa Banjir Kecewa: Beratur Panjang Waktu Hujan, Tiba-Tiba Nama Tiada Di Dalam Senarai

KUANTAN - Rata-rata mangsa banjir kecewa dengan sistem agihan Wang Bantuan Ihsan (BWI) yang dilihat ketinggalan zaman dan menyusahkan rakyat. Ini berlaku pada majlis penyampaian bantuan tersebut kepada ketua isi rumah bagi daerah Kuantan di Dewan Inderapura dekat sini pada Isnin lalu.

Majlis penyampain telah disempurnakan oleh  Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Datuk Abd Rahim Muda yang mewakili Kerajaan Negeri Pahang. Antara PPS yang terlibat ialah dari SMK Gudang Rasau, SK Bunur Rendang, SMK Sungai Isap, SK Kempadang, SMK Sungai Isap Murni, SK Mat Kilau dan SMK Mat Kilau. 

Difahamkan, kekecohan berlaku selepas ada mangsa yang tiada nama dalam senarai selepas lebih dua jam beratur panjang ditengah hujan. Mereka bukan sahaja dari Pusat Pemimdahan Sementara (PPS)  di kawasan terbabit, malahan juga dari PPS lain. 

Seorang mangsa banjir dari Taman Sri Inderapura berkata, beliau kecewa melihat sistem agihan dan penyampaian maklumat yang cukup lemah pada zaman serba canggih ini. 

"Dunia IT dalam sistem perbankan memang memudahkan dan mempercepatkan urusan. Namun, pihak kerajaan masih berada di takuk lama, menempurungkan kehidupan mereka yang masih meraba-raba dalam dunia berteknologi tinggi ini.

"Data mangsa banjir semua ada dalam sistem Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan JPKK. Apa kejadahnya kena beratur dalam musim hujan menunggu gelombang kedua, ketiga, keempat untuk dapatkan bantuan tunai banjir.

"Gunakanlah data berkenaan terutamanya nombor telefon untuk berhubung dengan mangsa-mangsa banjir dan dapatkan nombor akaun bank mereka. Kurang dari lima minit terus bantuan tunai dipindahkan ke akaun mereka.

"Tak perlu lah beratur panjang-panjang menghadap birokrasi/redtape. Macamlah Bandaraya ini baru pertama kali ditimpa bencana banjir?." katanya.

Sementara itu, difahamkan hanya mangsa terpilih sahaja yang menerima bantuan banjir itu. Namun timbul persoalan kenapa pihak penganjur tidak menghubungi nama-nama yang dipilih sahaja untuk menerima bantuan pada majlis tersebut. Bukankah ia tidak susahkan orang lain yang terpaksa beratur panjang.

"Zaman sudah canggih, sepatutnya permudahkan urusan. Buat sama seperti BR1M dan BSH. Kenapa benda macam ini pun masih tidak boleh berubah ke arah lebih baik, Naya warga emas yang uzur terpaksa berhujan semata-mata mahu dapatkan bantuan. Sampai di kaunter, nama mereka tiada," tambah mangsa terbabit #PahangDaily




Demikianlah Artikel Mangsa Banjir Kecewa: Beratur Panjang Waktu Hujan, Tiba-Tiba Nama Tiada Di Dalam Senarai

Sekianlah artikel Mangsa Banjir Kecewa: Beratur Panjang Waktu Hujan, Tiba-Tiba Nama Tiada Di Dalam Senarai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mangsa Banjir Kecewa: Beratur Panjang Waktu Hujan, Tiba-Tiba Nama Tiada Di Dalam Senarai dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/01/mangsa-banjir-kecewa-beratur-panjang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mangsa Banjir Kecewa: Beratur Panjang Waktu Hujan, Tiba-Tiba Nama Tiada Di Dalam Senarai"

Catat Ulasan

Loading...