Loading...

'Mat Jeng' Anak Felda Jengka 7, 'Siapa Sangka' Dari 'Paya' Ke Pentas 'Surfing' Antarabangsa' !

Loading...
'Mat Jeng' Anak Felda Jengka 7, 'Siapa Sangka' Dari 'Paya' Ke Pentas 'Surfing' Antarabangsa' ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Mat Jeng' Anak Felda Jengka 7, 'Siapa Sangka' Dari 'Paya' Ke Pentas 'Surfing' Antarabangsa' !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Mat Jeng' Anak Felda Jengka 7, 'Siapa Sangka' Dari 'Paya' Ke Pentas 'Surfing' Antarabangsa' !
link : 'Mat Jeng' Anak Felda Jengka 7, 'Siapa Sangka' Dari 'Paya' Ke Pentas 'Surfing' Antarabangsa' !

Baca juga


'Mat Jeng' Anak Felda Jengka 7, 'Siapa Sangka' Dari 'Paya' Ke Pentas 'Surfing' Antarabangsa' !

 

MARAN - Susulan tukar video 'dari paya ke pentas surfing antarabangsa' di youtube baru-baru ini,  nama 'Mat Jeng' mula menjadi perhatian dikalangan netizen.

Anak muda terbabit, Muhammad Syukrizam  Abdullah, 28, dari Felda Jengka 7 dekat sini kini  mula diberi tumpuan oleh rakan-rakannya.

Menurut ibu kepada 'Mat Jeng', Nurzamani Abd Ghani, selepas video itu tular ramai pihak mula menghubungi beliau untuk bertanyakan berbagai soalan tentang anaknya itu.

Beliau yang kini membuka sebuah warung di kampung terbabit berkata, bukan sahaja dikalangan rakan-rakan media sosial yang bertanya, malahan orang-orang kampung yang sebelum ini tidak ambil tahu kisah ini juga mula  bertanya tentang 'Mat Jeng'.

"Mat Jeng memang seorang anak yang lincah sejak kecil lagi, biasalah duduk di kampung, mandi paya selepas hujan sudah memjadi kebiasaan kami di sini.

"Saya tidak sangka pula beliau berbakat dalam sukan luncur air (surfing) ini. Memang saya tahu beliau menunjukkan minat mendalam dengan aktiviti itu dan sering menyertai beberapa kejohanan sebelum ini," kata Nurzamani.

Namun dakwanya, masalah timhul apabila anaknya tiada penaja dan sukar menyertai kejohanan yang lebih besar.

"Sukan luncur air biasanya akan dijalankan beberapa hari. Maka itu, selain yuran kos yang berkaitan juga perlu ditanggung. Sebab itulah  anak saya pernah mengadap beberapa pihak untuk memohon sumbangan sebelum ini. Namun hampa kerana ia tidak diberi perhatian oleh pihak terbabit," katanya lagi.

Difahamkan, Mat Jeng akan menyertai dua kejohanan luncur air dalam masa terdekat ini, iaitu di Tioman Surf Festival bernula 27 hingga 29 Januari ini. Selepas itu pada bulan Februari pula satu lagi kejohanan di Pantai Cherating.

Ramai yang terkejut, bagaimana seorang anak kampung yang kehidupannya dikelilingi pokok getah dan kini kelapa sawit serta hutan boleh berkecimpung dalam sukan luncur air ini.

Kita tidak pelik jika beliau memang tinggal di kawasan tepi pantai atau sebagainya. Namun, agak janggal bila mana seseorang yang kehidupan mereka hanya bermain dengan 'mandi paya' kini menceburi sukan ini.

"Inilah yang ditanya oleh rakan-rakan saya. Mereka hairan dan terkejut dengan penampilan anak saya dalam sukan ini. Tapi, apa boleh buat kalau dah dia minat," tambah beliau lagi.

Difahamkan, minat mendalam 'Mat Jeng' dalam sukan ini menyebabkan beliau pernah bekerja dengab sebuah pusat peranginan di Singapura.

" Mungkin disitu beliau belajar dan mendalami selok belok bermain luncur air agaknya. Apa pun saya berharap ada pihak yang boleh menaja anak saya agar dia boleh pergi lebih jauh dalam sukan ini. Tidak ramai anak Melayu yang minat dan mampu berbuat demikian. Maka, sokongan perlu diberikan agar bakatnya tidak terpendam dengan menyertai lebih banyak kejohanan pada masa akan datang," tambah Nurzamani lagi. #PDO



Demikianlah Artikel 'Mat Jeng' Anak Felda Jengka 7, 'Siapa Sangka' Dari 'Paya' Ke Pentas 'Surfing' Antarabangsa' !

Sekianlah artikel 'Mat Jeng' Anak Felda Jengka 7, 'Siapa Sangka' Dari 'Paya' Ke Pentas 'Surfing' Antarabangsa' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Mat Jeng' Anak Felda Jengka 7, 'Siapa Sangka' Dari 'Paya' Ke Pentas 'Surfing' Antarabangsa' ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/01/mat-jeng-anak-felda-jengka-7-siapa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Mat Jeng' Anak Felda Jengka 7, 'Siapa Sangka' Dari 'Paya' Ke Pentas 'Surfing' Antarabangsa' !"

Catat Ulasan

Loading...