Loading...

Nahas Sembilan Kenderaan Punca Kesesakan Teruk 'Lebih Sejam' Di Lebuhraya KL - Karak !

Loading...
Nahas Sembilan Kenderaan Punca Kesesakan Teruk 'Lebih Sejam' Di Lebuhraya KL - Karak ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nahas Sembilan Kenderaan Punca Kesesakan Teruk 'Lebih Sejam' Di Lebuhraya KL - Karak !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nahas Sembilan Kenderaan Punca Kesesakan Teruk 'Lebih Sejam' Di Lebuhraya KL - Karak !
link : Nahas Sembilan Kenderaan Punca Kesesakan Teruk 'Lebih Sejam' Di Lebuhraya KL - Karak !

Baca juga


Nahas Sembilan Kenderaan Punca Kesesakan Teruk 'Lebih Sejam' Di Lebuhraya KL - Karak !

 

KUALA LUMPUR - Kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di Kilometer 40, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, pada jam 9.30 pagi tadi menyebabkan kesesakan teruk lebih sejam di lebuh raya berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku selepas sebuah treler jenis Volvo, dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan gagal dikawal.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata susulan itu beberapa kenderaan dirempuh lori berkenaan.

"Pemandu lori mengalami kecederaan ringan pada lengan kanan dan dahi manakala pemandu dan penumpang kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kemalangan membabitkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV), jenis Mitsubishi dan Toyota Estima, lima kereta Perodua Axia, Perodua Myvi, BMW, Toyota Vios dan Proton Saga; sebuah pikap jenis Toyota Hilux dan lori berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM4,000 dan tidak melebihi RM10,000 dan boleh dipenjarakan tidak lebih 12 bulan.

"Susulan kejadian ini pihak polis meminta mana-mana saksi yang melihat kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan.

"Saya juga mengambil kesempatan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati membawa kenderaan yang dipandu selain memastikan kenderaan yang dibawa sentiasa berada dalam keadaan selamat dan diselenggara dengan baik," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Nahas Sembilan Kenderaan Punca Kesesakan Teruk 'Lebih Sejam' Di Lebuhraya KL - Karak !

Sekianlah artikel Nahas Sembilan Kenderaan Punca Kesesakan Teruk 'Lebih Sejam' Di Lebuhraya KL - Karak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nahas Sembilan Kenderaan Punca Kesesakan Teruk 'Lebih Sejam' Di Lebuhraya KL - Karak ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/01/nahas-sembilan-kenderaan-punca.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nahas Sembilan Kenderaan Punca Kesesakan Teruk 'Lebih Sejam' Di Lebuhraya KL - Karak !"

Catat Ulasan

Loading...