Judul : Pasukan Sri Pahang FC Sah Umum Lapan Pemain Baharu Hadapi Saingan Liga-M 2022
link : Pasukan Sri Pahang FC Sah Umum Lapan Pemain Baharu Hadapi Saingan Liga-M 2022
Pasukan Sri Pahang FC Sah Umum Lapan Pemain Baharu Hadapi Saingan Liga-M 2022
KUANTAN - Sri Pahang FC mengumumkan lapan pemain baharu termasuk seorang import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Menerusi hantaran Facebook rasmi kelab itu malam tadi, mereka yang menyarung jersi Tok Gajah itu ialah bekas pemain pasukan remaja kebangsaan Perancis, Johan Martial.
Selain itu, Fandi Othman, David Rowley, Sean Gan Gianelli, Muhammad Faizal Mohd Arif, Azwan Aripin, Wan Amirzafran Wan Nadris dan Wan Mohd Syazmin Wan Rozaimi turut menyertai Sri Pahang.
Difahamkan, senarai penuh pemain Sri Pahang yang kini dikendalikan Christophe Gamel akan diumumkan, hari ini.
Menerusi hantaran itu, Martial yang juga pemain pertahanan tengah berketinggian 1.84 meter mengisi kekosongan ditinggalkan rakan senegara, Herold Goulon.
Martial yang juga abang kepada bintang Manchester United, Anthony Martial, berpengalaman beraksi dengan beberapa kelab Ligue1 termasuklah Bastia, Brest, Troyes dan musim lalu bersama FC Sochaux.
Sementara itu, pengalaman yang dimiliki Fandi, Rowley, Gianelli dan Muhammad Faizal diyakini membantu memperkasakan skuad Tok Gajah musim ini.
Walaupun belum mengumumkan secara rasmi barisan pemain, khidmat pemain tengah berpengalaman, Nor Azam Azih, Ashar Al Aafiz Abdullah dan Shahrul Aizad Zukifli yang beraksi musim lalu masih berada dalam pasukan.
Sebagai persediaan menghadapi saingan Liga M musim ini, Sri Pahang memulakan latihan pertama di Muadzam Shah, Rompin, malam tadi. ~ Harian Metro
Demikianlah Artikel Pasukan Sri Pahang FC Sah Umum Lapan Pemain Baharu Hadapi Saingan Liga-M 2022
Anda sekarang membaca artikel Pasukan Sri Pahang FC Sah Umum Lapan Pemain Baharu Hadapi Saingan Liga-M 2022 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/01/pasukan-sri-pahang-fc-sah-umum-lapan.html
0 Response to "Pasukan Sri Pahang FC Sah Umum Lapan Pemain Baharu Hadapi Saingan Liga-M 2022"
Catat Ulasan