Judul : Seramai 100 Orang Pelajar Tahfiz Bakal Di Rai Sempena Pembukaan Mari's Buffet Di Kuantan
link : Seramai 100 Orang Pelajar Tahfiz Bakal Di Rai Sempena Pembukaan Mari's Buffet Di Kuantan
Seramai 100 Orang Pelajar Tahfiz Bakal Di Rai Sempena Pembukaan Mari's Buffet Di Kuantan
Pada majlis itu, Cafe Mari's Buffet akan menghulurkan sumbangan kepada pihak pengurusan pusat tahfiz terlibat bagi membantu pusat agama terbabit dalam menguruskan pelajar-pelajarnya dan keperluan harian mereka.
Pengarah Pengurusan Cafe Mari's Buffet, Datin Nurul Aqilah Zafri berkata, ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya.
"Selain meraikan mereka, ia juga bagi memberikan kegembiraan kepada pelajar pusat tahfiz terbabit.
"Beberapa artis popular tanah air bakal diundang membuat persembahan bagi memeriahkan suasana majlis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nurul Aqilah dalam pada itu berkata, Cafe Mari's Buffet bakal beroperasi dua waktu iaitu menyediakan juadah secara buffet pada waktu petang "hi-tea" dengan lebih dari 20 jenis kuih muih tradisional dan pelbagai makanan melayu.
"Pada waktu malam "dinner" kami menyediakan buffet lebih 15 jenis lauk pauk tradisional dengan pilihan nasi putih, nasi lemak dan nasi minyak.
"Turut disediakan steamboat untuk dinikmati seisi keluarga dan menu istimewa kami pada hujung minggu kambing golek dan makanan laut BBQ yang enak dan menyelerakan," katanya.
Beliau berkata, cafe berkenaan turut menyediakan pentas untuk kegunaan pelanggan bagi apa jua acara.
"Kita juga bakal mengundang nyanyian "unplugged" artis popular tanah air pada setiap bulan seperti Datuk Nash, Datuk Hattan, Datuk Ramli Sarip, Datuk Awie, Ella, Baby Shima, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Yusni hamid, Amy Search, Ameng dan Dayang Nurfaizah.
"Barisan artis yang bakal diundang adalah demi membuat persembahan khas untuk warga Pahang serta orang ramai yang mengunjungi cafe kami," katanya. #PDO
Demikianlah Artikel Seramai 100 Orang Pelajar Tahfiz Bakal Di Rai Sempena Pembukaan Mari's Buffet Di Kuantan
Anda sekarang membaca artikel Seramai 100 Orang Pelajar Tahfiz Bakal Di Rai Sempena Pembukaan Mari's Buffet Di Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/01/seramai-100-orang-pelajar-tahfiz-bakal.html
0 Response to "Seramai 100 Orang Pelajar Tahfiz Bakal Di Rai Sempena Pembukaan Mari's Buffet Di Kuantan"
Catat Ulasan