Judul : Wartawan Tua Dedahkan Ada Permit Kawasan Pembalakan Di Luluskan Di Hutan Bentong !
link : Wartawan Tua Dedahkan Ada Permit Kawasan Pembalakan Di Luluskan Di Hutan Bentong !
Wartawan Tua Dedahkan Ada Permit Kawasan Pembalakan Di Luluskan Di Hutan Bentong !
Malah, kawasan pembalakan yang mempunyai permit itu di dakwa berlaku di Hutan Simpan Kuala Raka.
Khaidir Ahmad dalam posting terbaharu difacebooknya berkata pada 11 Januari 2022 penduduk kawasan perumahan di kaki Bukit Raka yang jumlahnya lebih 300 orang, telah mendengar bunyi mirip kerja-kerja pembalakan tetapi tidak nampak kerana terlindung dek hutan tebal.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208689293707907&id=1778074021&sfnsn=mo
"Bimbang akan berlaku serangan kepala air balak ke perumahan mereka, maka penduduk masuk ke hutan menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.
"Maka amat terkejutlah mereka apabila melihat dua papan tanda lesen pembalakan dan hutan di Kuala Raka sudah mula digondolkan," kata kenyataan Khaidir.
Maka, pada 20 Januari 2022, penduduk telah membuat laporan polis mengenai perkara berkenaan dan empat hari kemudian, dua papan tanda lesen pembalakan itu tiba-tiba tidak kelihatan lagi.
Justeru timbul beberapa persoalan, kata khaidir.
"Jika benar pembalakan itu berlesen, bagaimana lesen itu boleh dikeluarkan tanpa merujuk kepada jabatan lain yang berkaitan dengan projek yang dijadikan sandaran untuk menghalalkan pembalakan di Hutan Simpan Kuala Raka?.
" Bagaimana Menteri Besar menafikan pembalakan itu? Adakah Menteri Besar tidak dimaklumkan atau pembalakan yang sebenarnya berlaku itu sengaja disembunyikan oleh Pejabat Hutan berkenaan?.
" Perlu atau sesuaikah Bukit Raka atau Kuala Raka yang fungsinya menjadi tebatan banjir bagi Bandar Bentong sejak zaman dahulu, digondol dan dijadikan tapak perumahan?," soal Khaidir yang juga popular dengan gelaran Wartawan Tua itu. #PD
Demikianlah Artikel Wartawan Tua Dedahkan Ada Permit Kawasan Pembalakan Di Luluskan Di Hutan Bentong !
Anda sekarang membaca artikel Wartawan Tua Dedahkan Ada Permit Kawasan Pembalakan Di Luluskan Di Hutan Bentong ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/01/wartawan-tua-dedahkan-ada-permit.html
0 Response to "Wartawan Tua Dedahkan Ada Permit Kawasan Pembalakan Di Luluskan Di Hutan Bentong !"
Catat Ulasan