Loading...

Dakwaan Bertemu Untuk Hentikan Siasatan, Zahid Tuntut Tun Dr Mahathir Mohon Maaf

Loading...
Dakwaan Bertemu Untuk Hentikan Siasatan, Zahid Tuntut Tun Dr Mahathir Mohon Maaf - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwaan Bertemu Untuk Hentikan Siasatan, Zahid Tuntut Tun Dr Mahathir Mohon Maaf, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwaan Bertemu Untuk Hentikan Siasatan, Zahid Tuntut Tun Dr Mahathir Mohon Maaf
link : Dakwaan Bertemu Untuk Hentikan Siasatan, Zahid Tuntut Tun Dr Mahathir Mohon Maaf

Baca juga


Dakwaan Bertemu Untuk Hentikan Siasatan, Zahid Tuntut Tun Dr Mahathir Mohon Maaf

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menuntut Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf atas tuduhan beliau meminta bantuan bekas Perdana Menteri itu bagi menghentikan siasatan kes rasuah terhadap dirinya.

Sambil menyifatkan dakwaan itu suatu pembohongan, Ahmad Zahid berkata, beliau sudah mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat tuntutan itu kepada Dr Mahathir.

"Letter of demand (LOD) itu untuk dia (Dr Mahathir) memohon maaf atas pembohongannya

"Saya tidak pernah sekali pun meminta kepada Dr Mahathir supaya siasatan kes rasuah dihentikan," katanya menerusi kenyataan yang dikongsi menerusi media sosial, petang ini.

Dr Mahathir pagi tadi, mendakwa Ahmad Zahid pernah bertemunya meminta supaya siasatan kes rasuah terhadap Presiden UMNO itu dihentikan.

Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) itu mendakwa, pertemuan itu berlaku ketika ada ura-ura bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, ketika itu Ahmad Zahid mahu siasatan yang sedang dijalankan terhadapnya dihentikan.

Ahmad Zahid berkata, beliau dijemput bersama dengan presiden-presiden parti lain oleh Dr Mahathir untuk menyokongnya bagi membentuk kerajaan perpaduan.

"Mana mungkin saya minta digugurkan tuduhan di hadapan ramai. Saya tidak pernah sekalipun meminta Dr Mahathir untuk berbuat demikian," katanya.

Beliau menjelaskan mana mungkin melobi untuk digugurkan tuduhan sebelum Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Ketujuh.

"Ini kerana ketika itu saya adalah Timbalan Perdana Menteri dan tiada sebarang siasatan rasuah, jauh sekali dikenakan pertuduhan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Dakwaan Bertemu Untuk Hentikan Siasatan, Zahid Tuntut Tun Dr Mahathir Mohon Maaf

Sekianlah artikel Dakwaan Bertemu Untuk Hentikan Siasatan, Zahid Tuntut Tun Dr Mahathir Mohon Maaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dakwaan Bertemu Untuk Hentikan Siasatan, Zahid Tuntut Tun Dr Mahathir Mohon Maaf dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/02/dakwaan-bertemu-untuk-hentikan-siasatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dakwaan Bertemu Untuk Hentikan Siasatan, Zahid Tuntut Tun Dr Mahathir Mohon Maaf"

Catat Ulasan

Loading...