Judul : Maritim Malaysia Pahang Aktifkan Operasi Cari Kru Kapal Tangki Yang Hilang Jatuh Ke Laut !
link : Maritim Malaysia Pahang Aktifkan Operasi Cari Kru Kapal Tangki Yang Hilang Jatuh Ke Laut !
Maritim Malaysia Pahang Aktifkan Operasi Cari Kru Kapal Tangki Yang Hilang Jatuh Ke Laut !
KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan seorang kru sebuah kapal tangki yang disyaki jatuh ke laut pada 10.30 malam tadi.
Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh, berkata operasi itu dilaksanakan sebaik Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuantan menerima laporan daripada Maritime Rescue Coordinating Centre (MRCC) ibu pejabat APMM, Putrajaya.
Katanya, berikutan itu, bot ronda maritim yang sedang beroperasi di sekitar lokasi segera diatur gerak untuk melaksanakan operasi berkenaan.
"Berdasarkan laporan, mangsa, Nerkrasov Sergey, 48, warga Russia dilihat kali terakhir berada di atas kapal pada kedudukan sekitar 4.2 batu nautika barat daya Pulau Aur, Mersing dan disedari hilang semasa kapal berada di kedudukan sekitar 1.6 batu nautika Timur Tanjung Gelang.
"Kapal tangki yang berdaftar di Liberia itu dilaporkan belayar dari Pasir Gudang, Johor menuju ke Pula, Croatia," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, Maritim Malaysia Pahang sudah menyalurkan maklumat kepada MRSC Johor dan aset udara Maritim Malaysia bagi mendapatkan bantuan untuk mengesan mangsa.
Katanya, maklumat kejadian itu turut disalurkan kepada komuniti nelayan tempatan dan beberapa rakan agensi bagi memberi bantuan pencarian mangsa.
"Maritim Malaysia sentiasa bersiap sedia memberikan perkhidmatan dan bantuan kecemasan kepada komuniti maritim serta agensi-agensi kerajaan yang mengalami kecemasan di laut mahu pun ditimpa bencana.
"Sebarang maklumat berkaitan kejadian kecemasan dan kegiatan jenayah di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Maritim Malaysia Pahang Aktifkan Operasi Cari Kru Kapal Tangki Yang Hilang Jatuh Ke Laut !
Anda sekarang membaca artikel Maritim Malaysia Pahang Aktifkan Operasi Cari Kru Kapal Tangki Yang Hilang Jatuh Ke Laut ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/02/maritim-malaysia-pahang-aktifkan.html
0 Response to "Maritim Malaysia Pahang Aktifkan Operasi Cari Kru Kapal Tangki Yang Hilang Jatuh Ke Laut !"
Catat Ulasan