Loading...

Masyarat Orang Asli Jerantut Boleh Jadikan Tanaman Padi Bukit Tarikan Pelancongan !

Loading...
Masyarat Orang Asli Jerantut Boleh Jadikan Tanaman Padi Bukit Tarikan Pelancongan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masyarat Orang Asli Jerantut Boleh Jadikan Tanaman Padi Bukit Tarikan Pelancongan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masyarat Orang Asli Jerantut Boleh Jadikan Tanaman Padi Bukit Tarikan Pelancongan !
link : Masyarat Orang Asli Jerantut Boleh Jadikan Tanaman Padi Bukit Tarikan Pelancongan !

Baca juga


Masyarat Orang Asli Jerantut Boleh Jadikan Tanaman Padi Bukit Tarikan Pelancongan !

 

JERANTUT - Masyarakat Orang Asli di daerah ini boleh menjadikan tanaman padi bukit yang diusahakan sebagai tarikan pelancong ke tempat mereka, selain sumber ekonomi.

Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, berkata masyarakat Orang Asli yang pakar dengan tanaman itu boleh memberi perhatian kepada pelancongan padi, bagi menarik kehadiran pelancong ke tempat mereka.

Katanya, mereka boleh menyediakan pakej pelancongan padi membabitkan proses menanam, menuai, menumbuk, mengemping menggunakan lesong indik dan makan nasi padi bukit.

Beliau berkata, jika Kedah, Perlis dan Kelantan terkenal dengan sawah sebagai tarikan, padi bukit juga mampu menarik perhatian pelancong seperti padi bukit Bario di Sarawak yang sudah terkenal.

"Penanaman padi bukit ini sudah tidak banyak diamalkan dan ia perlu diteruskan dalam usaha mengekalkan budaya dan tradisi turun temurun, khususnya dalam kalangan masyarakat pribumi ini.

"Jika kita dapat membabitkan pelancong dalam aktiviti seperti ini, ia akan menjadi pengalaman baru kepada mereka dan keunikan ini menjadikan Malaysia antara destinasi pelancongan menarik," katanya ketika melihat pesta mengemping padi bukit di kampung Orang Asli Sungai Rengat di sini.

Ahmad Nazlan berkata, pihaknya akan memperluaskan tradisi ini di kampung Orang Asli lain yang mula meninggalkan aktiviti itu dalam usaha mengekalkan budaya dan tradisi turun temurun masyarakat itu.

Beliau berkata, di Jerantut perkampungan Orang Asli yang masih mengekalkan tanaman padi bukit ialah di Sungai Rengat dan Sungai Kiol.

Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pertanian untuk memberi penerangan cara tanaman lebih tersusun serta pembajaan yang betul kerana ketika ini penanaman dilakukan penduduk sekadar kegunaan sendiri.

"Penanaman dengan kaedah bersistematik dan pembajaan yang betul dapat meningkatkan hasil padi, sekali gus menjana pendapatan serta menjimatkan perbelanjaan dapur," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKKOA), Kampung Sungai Rengat, Muhammad Farok Fauzi, 45, berkata ketika ini penduduk mengusahakan tanaman padi bukit seluas dua hingga 1.3 hektar dengan penghasilan 100 ke 150 kilogram setiap musim.

"Kami merancang untuk menanam padi bukit yang kami warisi ini di tanah seluas kira-kira 4 hektar secara lebih tersusun kerana terdapat kawasan kosong yang boleh dimajukan.

"Penduduk menjalankan kerja secara bergotong-royong bagi menjalin tali persaudaraan lebih erat dan semangat jati diri setempat, selain dapat mengurangkan perbelanjaan membeli beras," katanya.

Beliau berkata, benih pada Sungai Rengat ini diwarisi sejak dari nenek dulu dan rasanya sangat sedap, lembut dan berbau wangi. #sumber




Demikianlah Artikel Masyarat Orang Asli Jerantut Boleh Jadikan Tanaman Padi Bukit Tarikan Pelancongan !

Sekianlah artikel Masyarat Orang Asli Jerantut Boleh Jadikan Tanaman Padi Bukit Tarikan Pelancongan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masyarat Orang Asli Jerantut Boleh Jadikan Tanaman Padi Bukit Tarikan Pelancongan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/02/masyarat-orang-asli-jerantut-boleh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Masyarat Orang Asli Jerantut Boleh Jadikan Tanaman Padi Bukit Tarikan Pelancongan !"

Catat Ulasan

Loading...