Loading...

Penerima Vaksin Sinovac Perlu Mendapatkan Suntikan 'Dos Penggalak' Sebelum 1 Mac Ini !

Loading...
Penerima Vaksin Sinovac Perlu Mendapatkan Suntikan 'Dos Penggalak' Sebelum 1 Mac Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penerima Vaksin Sinovac Perlu Mendapatkan Suntikan 'Dos Penggalak' Sebelum 1 Mac Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penerima Vaksin Sinovac Perlu Mendapatkan Suntikan 'Dos Penggalak' Sebelum 1 Mac Ini !
link : Penerima Vaksin Sinovac Perlu Mendapatkan Suntikan 'Dos Penggalak' Sebelum 1 Mac Ini !

Baca juga


Penerima Vaksin Sinovac Perlu Mendapatkan Suntikan 'Dos Penggalak' Sebelum 1 Mac Ini !

KUALA LUMPUR - Semua individu berusia 60 tahun ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata jika gagal berbuat demikian, status mereka akan dianggap tidak lengkap vaksinasi dan maklumat itu akan tertera di dalam aplikasi MySejahtera.

Katanya, ia membabitkan semua penerima vaksin warga emas tanpa mengira jenis vaksin pertama dan kedua, penerima vaksin Sinovac dewasa.

"Sekiranya tidak, sijil digital itu akan tukar warna kepada putih, maksudnya status vaksinasi penuh tidak lagi diberikan dan sekatan akan dibuat di pintu masuk tertentu.

"Saya setuju dengan Ketua Pengarah Kesihatan bahawa ada keengganan penerima Sinovac contohnya untuk terima dos penggalak Pfizer.

"Saya nak umumkan ada 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac belum terima dos penggalak lagi. (Jumlah) ramai ini dan mereka terdedah kepada gelombang Omicron sebab keberkesanan Sinovac tidaklah setinggi Pfizer, walaupun berkesan, tidaklah sebaik dan efektif Pfizer.

"Sebab itu saya sudah buat keputusan bahawa, kita lebih menggalakkan mereka menerima Pfizer dan Astra Zeneca, tetapi apa juga penggalak lebih baik daripada tidak ada langsung. Sebab itu kita akan berikan temujanji untuk mereka pilih sekiranya mereka mahukan Sinovac bagi dos penggalak mereka," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau turut mengumumkan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam menghadapi

gelombang terbaharu ini, KKM juga mengaktifkan semula National Covid-19 Rapid Response Task Force (RRTF).

Khairy berkata, ia adalah jawatankuasa khas yang akan melaksanakan tindakan awalan pantas dalam mengawal penularan di sesebuah negeri atau kawasan antaranya menambah katil dan mengubah suai katil bukan COVID-19, membina hospital medan dan menyumberluaran pesakit ke hospital swasta.

"RRTF ini akan dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Asmayani Khalib yang akan membuat pelaporan terus kepada saya," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Penerima Vaksin Sinovac Perlu Mendapatkan Suntikan 'Dos Penggalak' Sebelum 1 Mac Ini !

Sekianlah artikel Penerima Vaksin Sinovac Perlu Mendapatkan Suntikan 'Dos Penggalak' Sebelum 1 Mac Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penerima Vaksin Sinovac Perlu Mendapatkan Suntikan 'Dos Penggalak' Sebelum 1 Mac Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/02/penerima-vaksin-sinovac-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penerima Vaksin Sinovac Perlu Mendapatkan Suntikan 'Dos Penggalak' Sebelum 1 Mac Ini !"

Catat Ulasan

Loading...