Loading...

PICKids: Seramai 58 Kanak-Kanak Mengalami Kesan Sampingan Akibat Vaksin COVID-19

Loading...
PICKids: Seramai 58 Kanak-Kanak Mengalami Kesan Sampingan Akibat Vaksin COVID-19 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PICKids: Seramai 58 Kanak-Kanak Mengalami Kesan Sampingan Akibat Vaksin COVID-19, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PICKids: Seramai 58 Kanak-Kanak Mengalami Kesan Sampingan Akibat Vaksin COVID-19
link : PICKids: Seramai 58 Kanak-Kanak Mengalami Kesan Sampingan Akibat Vaksin COVID-19

Baca juga


PICKids: Seramai 58 Kanak-Kanak Mengalami Kesan Sampingan Akibat Vaksin COVID-19

KUANTAN - Seramai 58 kanak-kanak mengalami kesan sampingan akibat vaksin COVID-19, sejak Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) dilaksanakan 3 Februari lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata kanak-kanak terbabit hanya mengalami gejala ringan dan pulih dalam tempoh lima hari selepas menerima rawatan sewajarnya.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 57 kanak-kanak mengalami kesan sampingan ringan seperti demam, bengkak dan lenguh.

"Seorang lagi kanak-kanak mengalami kesan kepenatan kerana mempunyai penyakit asma dan pernah masuk ke hospital beberapa kali," katanya selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Wira, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman serta Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sikap tunggu dan lihat dalam kalangan ibu bapa mengenai suntikan vaksin menyebabkan peratusan kanak-kanak mendapatkan suntikan tidak mencapai sasaran.

Katanya, kebanyakan ibu bapa terbabit bimbang dengan kesan sampingan yang akan berlaku kepada anak masing-masing.

"Sikap itu melambatkan jumlah kanak-kanak yang sepatutnya menerima suntikan vaksin dalam usaha menyekat penularan wabak COVID-19.

"Jangan dengar maklumat tidak sahih berkaitan vaksin kerana vaksin ini bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti.

"Kita harap ibu bapa dapat tampil untuk memberikan kebenaran kerana kebanyakan kesan sampingan adalah ringan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, setakat ini, 708,187 kanak-kanak atau 19.6 peratus daripada kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun sudah mendapatkan vaksin.

Katanya, bilangan tertinggi membabitkan kanak-kanak di Sarawak, diikuti Melaka dan Pulau Pinang.

"Tiga negeri iaitu Sabah, Terengganu dan Kelantan merekodkan bawah 10 peratus kanak-kanak menerima vaksin," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel PICKids: Seramai 58 Kanak-Kanak Mengalami Kesan Sampingan Akibat Vaksin COVID-19

Sekianlah artikel PICKids: Seramai 58 Kanak-Kanak Mengalami Kesan Sampingan Akibat Vaksin COVID-19 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PICKids: Seramai 58 Kanak-Kanak Mengalami Kesan Sampingan Akibat Vaksin COVID-19 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/02/pickids-seramai-58-kanak-kanak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PICKids: Seramai 58 Kanak-Kanak Mengalami Kesan Sampingan Akibat Vaksin COVID-19"

Catat Ulasan

Loading...