Judul : Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Sah Tukar Status Jantina, Jadi ‘Wanita’ Di Australia !
link : Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Sah Tukar Status Jantina, Jadi ‘Wanita’ Di Australia !
Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Sah Tukar Status Jantina, Jadi ‘Wanita’ Di Australia !
PETALING JAYA - Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat memaklumkan sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.
Nur Sajat, 35, melalui sesi Live di Instagramnya, berkata dia berasa seperti dilahirkan semula dan sangat gembira kerana proses penukaran status jantina di negara itu mudah dilakukan.
“Saya gembira sangat semua dah selesai. Saya tukar ‘gender’ saya. Saya rasa selesa menjadi wanita, saya hargai kerana negara ini faham keadaan saya dan saya rasa sangat bebas sekarang.
“Saya boleh jadi diri sendiri, saya bangga menjadi wanita. Terasa seperti dilahirkan semula, ini yang saya mahukan. Saya mahu orang terima saya,” katanya menurut laporan Kosmo.
Ditanya oleh pengikutnya sama ada dia akan menukar namanya, Sajat memaklumkan dia akan kekal menggunakan nama ‘Nur Sajat’.
Terdahulu, Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baru di Australia, sejak Oktober tahun lalu kerana mendakwa tidak selamat tinggal di Malaysia.
Nur Sajat sebelum itu turut menjadi buruan pihak berkuasa sehingga melarikan diri ke Thailand sebelum ditahan imigresen negara itu pada 8 Sep 2021 kerana memiliki pasport tidak sah. #sumber
Demikianlah Artikel Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Sah Tukar Status Jantina, Jadi ‘Wanita’ Di Australia !
Anda sekarang membaca artikel Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Sah Tukar Status Jantina, Jadi ‘Wanita’ Di Australia ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/02/usahawan-kontroversi-muhammad-sajjad.html
0 Response to "Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Sah Tukar Status Jantina, Jadi ‘Wanita’ Di Australia !"
Catat Ulasan