Loading...

Agenda 'Persendirian' Di Bawa Pihak Tertentu Menjadi Punca Kerjasama MN Kini Tergendala

Loading...
Agenda 'Persendirian' Di Bawa Pihak Tertentu Menjadi Punca Kerjasama MN Kini Tergendala - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agenda 'Persendirian' Di Bawa Pihak Tertentu Menjadi Punca Kerjasama MN Kini Tergendala, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agenda 'Persendirian' Di Bawa Pihak Tertentu Menjadi Punca Kerjasama MN Kini Tergendala
link : Agenda 'Persendirian' Di Bawa Pihak Tertentu Menjadi Punca Kerjasama MN Kini Tergendala

Baca juga


Agenda 'Persendirian' Di Bawa Pihak Tertentu Menjadi Punca Kerjasama MN Kini Tergendala

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ada pihak tertentu dalam gabungan parti Melayu Islam terbesar yang terdiri daripada partinya, UMNO dan BERSATU, cuba membawa agenda persendirian sehingga usaha kerjasama melalui Muafakat Nasional (MN) tergendala.

Menerusi catatan Minda Presiden di laman Facebooknya, Abdul Hadi mengecam tindakan pihak berkenaan yang didakwanya cuma mahu mengubah agenda perpaduan umat sebelum perkara itu terdedah sehingga merosakkan dasar dan hala tuju sebenar.

"UMNO bersama Barisan Nasional (BN) jatuh daripada kerajaan pusat. Sebahagian Ahli Parlimen mereka keluar parti. Malah, ada sebahagiannya sejak awal lagi menyelamatkan diri dengan menubuhkan BERSATU dan ada yang kemudiannya menyertai parti baharu tersebut.

"Usaha yang dilakukan pada mulanya untuk bersama-sama menyelamatkan semua dengan membentuk gagasan yang akhirnya dinamakan Perikatan Nasional (PN). Perkara tersebut adalah bertitik tolak daripada Kongres Maruah Melayu yang dirancang sejak awal, diikuti dengan menggabungkan masyarakat majmuk daripada pelbagai agama dan parti.

"Kemudian dibentuk gagasan MN yang menggabungkan parti-parti Melayu Islam terbesar yang terdiri daripada UMNO, PAS dan BERSATU kerana meraikan UMNO yang masih ada. Sehinggakan gabungan ini berjaya menukar kerajaan yang memerintah.

"Bagaimanapun, PAS tetap berpegang kepada apa yang tersurat dan telah ditandatangani. Perkara ini diulang beberapa kali dalam tulisan yang lalu, bahawa PAS telah mengambil pendekatan politik ta'awun yang diputuskan oleh al-Quran hasil Muzakarah Majlis Syura Ulama," katanya.

Abdul Hadi berkata PAS tetap tegas tidak menjalin sebarang kerjasama dalam perkara dosa seperti meneruskan permusuhan dan menyembunyikan dosa tanpa insaf serta taubat.

PAS juga, katanya, tidak memejamkan mata terhadap kemungkaran seperti rasuah, politik wang, politik mahukan jawatan, salah laku dan tadbir urus.

Beliau berkata, meraikan kemungkaran semata-mata kerana menjaga hati dan kepentingan yang salah dengan meninggalkan prinsip adalah konsep ta'awun ataupun kerjasama yang salah serta berdosa.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Marang itu, berkata PAS menolak sesiapa sahaja yang mengambil pendekatan terpesong daripada konsep ta'awun yang berlandaskan petunjuk al-Quran, sekalipun terdapat perbezaan dan berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam sendiri, namun beliau percaya ada penyelesaiannya

"PAS tetap beristiqamah atas prinsip tersebut walaupun kehilangan kerusi. Bahkan pernah dikeluarkan daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Perjalanannya masih jauh kerana wawasannya tidak tamat dalam kehidupan di dunia sahaja.

"PAS tidak hilang dengan matinya pemimpin dan ahlinya tidak lemah dengan sebab terdapat kalangan yang menyeleweng atau berhenti di tengah perjalanan kerana niat yang salah masuk PAS sekadar menumpang, bukan berjuang.

"PAS tidak rebah dengan sebab kekalahan dalam beberapa kali pilihan raya kerana perjalanannya belum selesai dan belum sampai ke garisan penamat," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Agenda 'Persendirian' Di Bawa Pihak Tertentu Menjadi Punca Kerjasama MN Kini Tergendala

Sekianlah artikel Agenda 'Persendirian' Di Bawa Pihak Tertentu Menjadi Punca Kerjasama MN Kini Tergendala kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Agenda 'Persendirian' Di Bawa Pihak Tertentu Menjadi Punca Kerjasama MN Kini Tergendala dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/03/agenda-persendirian-di-bawa-pihak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Agenda 'Persendirian' Di Bawa Pihak Tertentu Menjadi Punca Kerjasama MN Kini Tergendala"

Catat Ulasan

Loading...