Judul : Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Umum Keluar PAS 'Serta Merta' Dan Jadi Ahli Parlimen Bebas
link : Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Umum Keluar PAS 'Serta Merta' Dan Jadi Ahli Parlimen Bebas
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Umum Keluar PAS 'Serta Merta' Dan Jadi Ahli Parlimen Bebas
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, mengumumkan pendiriannya keluar daripada PAS, berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata, tindakannya itu selari Fasal 15(1)(a) Perlembagaan PAS iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri dengan ia sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam pertemuan di Bangunan Parlimen, pada jam 2.30 petang tadi.
Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS itu bagaimanapun enggan mendedahkan alasan berhubung pendiriannya itu, selain menegaskan beliau akan menjadi Ahli Parlimen Bebas.
"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS atas peluang menjadi ahli selama 33 tahun, sejak 1989 dan seterusnya menjawat pelbagai jawatan kepemimpinan sejak 1999.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada PAS yang memberi peluang untuk dicalonkan pada pilihan raya, seterusnya menjadi Ahli Parlimen Kuala Nerus sejak 2013," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Pada 21 Februari lalu, Mohd Khairuddin dilapor mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS mengikut Fasal 8(7) perlembagaan parti itu.
Sebelum ini, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan jawatan Mohd Khairuddin dalam Majlis Syura terbatal selepas Jawatankuasa Pusat Parti (JPP) itu membatalkan pelantikannya sebagai anggota Majlis Ulama Syura.
Mohd Khairuddin berkata, beliau akan menyerahkan semua elaun bulanan sebagai Ahli Parlimen kepada PAS, bagi tempoh berbaki sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). #sumber
Demikianlah Artikel Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Umum Keluar PAS 'Serta Merta' Dan Jadi Ahli Parlimen Bebas
Anda sekarang membaca artikel Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Umum Keluar PAS 'Serta Merta' Dan Jadi Ahli Parlimen Bebas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/03/dr-mohd-khairuddin-aman-razali-umum.html
0 Response to "Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Umum Keluar PAS 'Serta Merta' Dan Jadi Ahli Parlimen Bebas"
Catat Ulasan