Loading...

UMNO Perlu "Memenangi" Pilihan Raya Umum Ke-15 Dengan Majoriti Besar, Bentuk Kerajaan

Loading...
UMNO Perlu "Memenangi" Pilihan Raya Umum Ke-15 Dengan Majoriti Besar, Bentuk Kerajaan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Perlu "Memenangi" Pilihan Raya Umum Ke-15 Dengan Majoriti Besar, Bentuk Kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Perlu "Memenangi" Pilihan Raya Umum Ke-15 Dengan Majoriti Besar, Bentuk Kerajaan
link : UMNO Perlu "Memenangi" Pilihan Raya Umum Ke-15 Dengan Majoriti Besar, Bentuk Kerajaan

Baca juga


UMNO Perlu "Memenangi" Pilihan Raya Umum Ke-15 Dengan Majoriti Besar, Bentuk Kerajaan

KUALA LUMPUR -UMNO perlu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan majoriti besar untuk membentuk kerajaan yang stabil dan tidak boleh bergantung harap kepada belas ihsan pihak lain.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO hendaklah menampilkan kepimpinan kerajaan yang mendapat mandat yang padu, berwibawa dan mampu memacu pembangunan Malaysia berkali ganda.

Katanya, UMNO perlu menampilkan kepemimpinan berprestasi dan berpengalaman yang boleh mengemudi ia menjadi sebuah negara berpengaruh dan maju.

"Adalah sangat penting di mana dasar UMNO boleh diterjemahkan menjadi dasar kerajaan. Yang mana parti dan kerajaan akan seiring sejalan," kata berucap merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Turut hadir Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan ketua bagi ketiga-tiga sayap.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata justeru, tumpuan pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini adalah menyediakan parti untuk pilihan raya umum dan bukannya berkisar soal pemilihan parti.

"Fokus untuk tahun 2022 ini bukan pemilihan dalam parti, bukan singkir-menyingkir dan bukan mengagihkan segala jawatan dan habuan. Fokus sebenar kita adalah untuk UMNO kembali memenangi PRU, menjadi kerajaan dan memimpin negara.

"Saya yakin dan benar-benar percaya kita boleh berjaya. Tidak mudah, tetapi boleh!. Sudah tentu ada cabaran dan halangan...lautan mana yang tidak bergelora tetapi, kalau kita bersedia dengan rapi dan teliti, serta bekerja kuat, nescaya tiada bukit terlalu tinggi untuk didaki, tiada lurah terlalu curam untuk dituruni," katanya.

Mohamad berkata, keyakinan untuk UMNO menjadi parti terkuat dan menang pilihan raya adalah bersandarkan kepada kewujudan trend perubahan dalam landskap politik nasional, prestasi yang dimiliki BN berbanding parti lain. #sumber



Demikianlah Artikel UMNO Perlu "Memenangi" Pilihan Raya Umum Ke-15 Dengan Majoriti Besar, Bentuk Kerajaan

Sekianlah artikel UMNO Perlu "Memenangi" Pilihan Raya Umum Ke-15 Dengan Majoriti Besar, Bentuk Kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Perlu "Memenangi" Pilihan Raya Umum Ke-15 Dengan Majoriti Besar, Bentuk Kerajaan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/03/umno-perlu-memenangi-pilihan-raya-umum.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "UMNO Perlu "Memenangi" Pilihan Raya Umum Ke-15 Dengan Majoriti Besar, Bentuk Kerajaan"

Catat Ulasan

Loading...