Loading...

UMNO Putuskan Usul Segerakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 Akan Di Angkat Malam Ini

Loading...
UMNO Putuskan Usul Segerakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 Akan Di Angkat Malam Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Putuskan Usul Segerakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 Akan Di Angkat Malam Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Putuskan Usul Segerakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 Akan Di Angkat Malam Ini
link : UMNO Putuskan Usul Segerakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 Akan Di Angkat Malam Ini

Baca juga


UMNO Putuskan Usul Segerakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 Akan Di Angkat Malam Ini

KUALA LUMPUR - UMNO akan memutuskan sama ada menyegerakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diangkat sebagai usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu malam esok.

Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia akan diputuskan

selepas mengambil kira pandangan dan kehendak akar umbi parti.

"Saya tidak tolak kemungkinan itu dan jika mereka amati ucapan saya, ia mungkin boleh diangkat nanti (sebagai usul PAU).

"Perkara ini akan diputuskan kerana kita akan bincang dalam jawatankuasa usul dan ia akan dibentangkan (malam esok).

"Kita akan kumpul (pandangan) daripada lebih 190 bahagian (berkenaan usul itu)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2021 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam ini.

Beliau berkata, biarpun UMNO menggesa supaya PRU ke-15 disegerakan, namun kuasa untuk membubarkan Parlimen masih tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong, selepas mendapat nasihat Perdana Menteri.

"Pembubaran Parlimen adalah atas perkenan baginda (Yang di-Pertuan Agong), dan yang akan menasihati baginda adalah Perdana Menteri. Kalau Yang di-Pertuan Agong perkenan bubar, maka Parlimen dibubarkan," katanya optimis agong akan setuju jika cadangan itu dipersembah kepada baginda.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerjasama UMNO dan PAS di bawah Muafakat Nasional (MN) ketika ini masih belum berakhir.

"Belum ada tamat dan penutup walaupun sudah sampai hayat akhir (kerjasama). Kita (UMNO) perlu jelaskan kita cuma akan bersama dengan yang setia dan bukan (main) banyak kolam.

"Ini akan menyebabkan ahli UMNO sendiri dan orang ramai akan keliru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hala tuju MN yang piagamnya yang dimeterai UMNO dan PAS pada 14 September 2019.

Ditanya sama ada PAS dijemput menghadiri Perhimpunan Agung UMNO kali ini, Mohamad berkata: "Sebab kekangan tempat...tempat tidak mengizinkan, prosedur operasi standard (SOP)…cakap bersopan".

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamad menggariskan lima keperluan PRU-15 perlu segera diadakan iaitu pihak lawan dalam keadaan lemah ketika ini, persefahaman politik dalam kalangan pembangkang ketika ini sangat bercelaru, pelbagai pilihan raya semasa pandemik COVID-19 sudah berlangsung dengan berjaya dan teratur, malah menganjurkan PRU sewaktu pandemik juga dilihat sebagai pilihan terbaik.

Keempat, prestasi sebagai kerajaan sangat bergantung kepada pelbagai faktor dalam dan luaran termasuk krisis Ukraine dan Russia, ketidakpastian mengenai kemungkinan adanya ancaman pandemik baru, ketegangan hubungan Amerika Syarikat (AS) dan China serta pembukaan perlahan sempadan sehingga menjejaskan 'global supply chain', prestasi ekonomi Malaysia sangat terdedah kepada semua kegawatan ini.

Terakhir, Mohamad berkata, BN mesti mengembalikan mandat rakyat untuk memilih kerajaan yang sah kerana Malaysia tidak pernah ditadbir oleh kerajaan yang tidak terbentuk melalui piliha raya yang demokratik. #sumber



Demikianlah Artikel UMNO Putuskan Usul Segerakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 Akan Di Angkat Malam Ini

Sekianlah artikel UMNO Putuskan Usul Segerakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 Akan Di Angkat Malam Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Putuskan Usul Segerakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 Akan Di Angkat Malam Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/03/umno-putuskan-usul-segerakan-pilihan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "UMNO Putuskan Usul Segerakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 Akan Di Angkat Malam Ini"

Catat Ulasan

Loading...