Loading...

Veteran DAP, Lim Kit Siang Umum "Persaraan" Selepas 56 Tahun Berkecimpung Dalam Politik

Loading...
Veteran DAP, Lim Kit Siang Umum "Persaraan" Selepas 56 Tahun Berkecimpung Dalam Politik - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Veteran DAP, Lim Kit Siang Umum "Persaraan" Selepas 56 Tahun Berkecimpung Dalam Politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Veteran DAP, Lim Kit Siang Umum "Persaraan" Selepas 56 Tahun Berkecimpung Dalam Politik
link : Veteran DAP, Lim Kit Siang Umum "Persaraan" Selepas 56 Tahun Berkecimpung Dalam Politik

Baca juga


Veteran DAP, Lim Kit Siang Umum "Persaraan" Selepas 56 Tahun Berkecimpung Dalam Politik

SHAH ALAM - Veteran DAP Lim Kit Siang mengumumkan persaraannya selepas 56 tahun berkecimpung dalam politik.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri yang kini berusia 81 tahun itu berkata, beliau tidak akan bertanding merebut kerusi dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) dan juga Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik.

“Saya menarik diri dari bertanding pilihan CEC hari ini. Sila padamkan nombor 39 dari senarai calon CEC anda.

“Saya juga tidak akan bertanding dalam pilihan raya Parlimen atau negeri di masa hadapan,” katanya ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-17 hari ini.

Menurutnya, dalam tempoh 56 tahun dalam politik beliau telah melihat bagaimana parti DAP telah berkembang dari sebuah parti pembangkang kecil yang mengambil bahagian pertama kali dalam PRU tahun 1969, sehingga menjadi parti politik utama yang berjaya menubuh kerajaan Persekutuan pada PRU14 bersama gabungan Pakatan Harapan.

Menurutnya, pilihan raya negeri (PRN) Johor yang baru berlangsung merupakan satu peringatan yang penting bahawa impian Malaysia adalah sebuah negara bersatu padu, demokratik, adil dan berjaya serta dihormati masyarakat antarabangsa.

“Kita mesti mencetus semula harapan dan keyakinan terhadap masa depan kerana sama ada kita dapat memutar semula trend kemerosotan negara kita sejak setengah abad ini adalah bergantung kepada kita semua.

“Belum pernah lagi dalam sejarah DAP, semangat perpaduan, setiakawan, komitmen dan keazaman menjadi begitu penting dalam usaha kita untuk merealisasikan Impian Malaysia,” tambahnya lagi.

Justeru, Lim mengakui, ia merupakan satu penghormatan buat dirinya selama ini kerana berpeluang bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang patriotik sama ada di dalam atau di luar DAP untuk berganding bahu sepanjang perjalanan untuk merealisasikan impian Malaysia.

Mengakhiri ucapan itu Lim berharap agar usaha merealisasikan impian Malaysia mesti diteruskan sehingga berjaya dan kini tiba giliran generasi muda untuk meneruskan perjuangan tersebut. #sumber



Demikianlah Artikel Veteran DAP, Lim Kit Siang Umum "Persaraan" Selepas 56 Tahun Berkecimpung Dalam Politik

Sekianlah artikel Veteran DAP, Lim Kit Siang Umum "Persaraan" Selepas 56 Tahun Berkecimpung Dalam Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Veteran DAP, Lim Kit Siang Umum "Persaraan" Selepas 56 Tahun Berkecimpung Dalam Politik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/03/veteran-dap-lim-kit-siang-umum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Veteran DAP, Lim Kit Siang Umum "Persaraan" Selepas 56 Tahun Berkecimpung Dalam Politik"

Catat Ulasan

Loading...