Judul : Lelaki Maut, Anak Melecur Dalam Kebakaran Rumah Di Kampung Padang Perdana Kuantan
link : Lelaki Maut, Anak Melecur Dalam Kebakaran Rumah Di Kampung Padang Perdana Kuantan
Lelaki Maut, Anak Melecur Dalam Kebakaran Rumah Di Kampung Padang Perdana Kuantan
KUANTAN - Seorang lelaki maut, manakala anak lelakinya melecur dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Padang Perdana, Jalan Sungai Lembing, di sini malam tadi.
Setakat ini identiti mangsa belum diketahui.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11 malam.
Beliau berkata, seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dan Kuantan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.08 malam.
Katanya, tiga kenderaan iaitu dua jentera FRT dan sebuah jentera tangki air digunakan dalam operasi pemadaman.
"Kebakaran ini membabitkan sebuah rumah teres dan anggaran kemusnahan rumah 50 peratus.
"Kejadian ini menyebabkan seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan, manakala seorang kanak-kanak lelaki melecur di tangan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan dan operasi terkawal pada jam 11.57 malam.
"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Lelaki Maut, Anak Melecur Dalam Kebakaran Rumah Di Kampung Padang Perdana Kuantan
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Maut, Anak Melecur Dalam Kebakaran Rumah Di Kampung Padang Perdana Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/04/lelaki-maut-anak-melecur-dalam.html
0 Response to "Lelaki Maut, Anak Melecur Dalam Kebakaran Rumah Di Kampung Padang Perdana Kuantan"
Catat Ulasan