Loading...

Mantan Perdana Menteri, Najib Razak Kemuka 94 Alasan Dalam Petisyen Mohon Di Bebaskan

Loading...
Mantan Perdana Menteri, Najib Razak Kemuka 94 Alasan Dalam Petisyen Mohon Di Bebaskan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mantan Perdana Menteri, Najib Razak Kemuka 94 Alasan Dalam Petisyen Mohon Di Bebaskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mantan Perdana Menteri, Najib Razak Kemuka 94 Alasan Dalam Petisyen Mohon Di Bebaskan
link : Mantan Perdana Menteri, Najib Razak Kemuka 94 Alasan Dalam Petisyen Mohon Di Bebaskan

Baca juga


Mantan Perdana Menteri, Najib Razak Kemuka 94 Alasan Dalam Petisyen Mohon Di Bebaskan

 

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya berhubung mengapa beliau harus dibebaskan daripada tuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Antara alasan dibangkitkan dalam petisyen itu ialah Mahkamah Rayuan tersilap fakta dan/atau undang-undang dalam mengesahkan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap perayu (Najib) atas semua tujuh pertuduhan dan memanggilnya untuk membela diri.

Dalam petisyen rayuan yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co hari ini, Najib, 68, mendakwa terkilan dengan kesilapan serius dalam fakta dan undang-undang yang diputuskan oleh kedua-dua mahkamah dalam alasan penghakiman masing-masing secara keseluruhan, dan kecuali yang dinyatakan dengan jelas, perayu berpendirian bahawa penemuan dalam keseluruhan alasan penghakiman oleh kedua-dua mahkamah (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi) menunjukkan kesilapan yang serius.

"Mahkamah Rayuan telah tersilap dalam fakta atau undang-undang dalam mengesahkan dapatan fakta atau inferens Mahkamah Tinggi yang tidak dibuktikan sepenuhnya, dan tidak menggambarkan keterangan secara menyeluruh.

"Kedua-dua mahkamah tersilap dalam fakta dan/atau undang-undang dengan gagal menilai bukti dengan betul dan gagal mengiktiraf perbezaan antara fakta terbukti dan tidak terbukti, dan antara inferens yang dibenarkan dibuat, dan tekaan semata-mata berdasarkan cadangan, dakwaan tidak berasas, sangkaan, syak wasangka, dan khabar angin," katanya.

Najib seterusnya mendakwa kedua-dua mahkamah tersilap fakta dan/atau undang-undang dalam setiap penemuan fakta yang tidak memihak kepadanya.

Katanya, mahkamah juga tersilap fakta atau undang-undang dalam membuat penemuan mengenai unsur-unsur semua pertuduhan dengan menggunakan logik mereka sendiri atau rasional yang bertentangan dengan keterangan lisan atau dokumentari.

Justeru, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau akan membentangkan kesilapan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan tindakan pihak pendakwaan yang menafikan hak perayu di bawah Perlembagaan Persekutuan yang mengakibatkan ketidakadilan serius terhadapnya apabila gagal mendapatkan perbicaraan yang adil dan saksama.

Pada 11 April, Najib memohon lanjutan masa selewat-lewatnya hingga 25 April untuk memfailkan petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, dan mahkamah hari ini membenarkan permohonannya.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Najib kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.  #sumber



Demikianlah Artikel Mantan Perdana Menteri, Najib Razak Kemuka 94 Alasan Dalam Petisyen Mohon Di Bebaskan

Sekianlah artikel Mantan Perdana Menteri, Najib Razak Kemuka 94 Alasan Dalam Petisyen Mohon Di Bebaskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mantan Perdana Menteri, Najib Razak Kemuka 94 Alasan Dalam Petisyen Mohon Di Bebaskan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/04/mantan-perdana-menteri-najib-razak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mantan Perdana Menteri, Najib Razak Kemuka 94 Alasan Dalam Petisyen Mohon Di Bebaskan"

Catat Ulasan

Loading...