Loading...

Tun Dr Mahathir Mendakwa UMNO Tidak Mahu DS Ismail Sabri 'Menjadi PM' Selepas PRU-15 !

Loading...
Tun Dr Mahathir Mendakwa UMNO Tidak Mahu DS Ismail Sabri 'Menjadi PM' Selepas PRU-15 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Dr Mahathir Mendakwa UMNO Tidak Mahu DS Ismail Sabri 'Menjadi PM' Selepas PRU-15 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Dr Mahathir Mendakwa UMNO Tidak Mahu DS Ismail Sabri 'Menjadi PM' Selepas PRU-15 !
link : Tun Dr Mahathir Mendakwa UMNO Tidak Mahu DS Ismail Sabri 'Menjadi PM' Selepas PRU-15 !

Baca juga


Tun Dr Mahathir Mendakwa UMNO Tidak Mahu DS Ismail Sabri 'Menjadi PM' Selepas PRU-15 !

KUALA LUMPUR - Walaupun UMNO berjaya menang selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan dilantik menjadi Perdana Menteri (PM) semula.

Pengerusi parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO tidak akan mengekalkan Ismail Sabri sebagai calon PM selepas PRU-15, sebaliknya individu yang menjadi penyokong kuat Datuk Seri Najib Razak akan dinaikkan menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Ramai ahli UMNO hendak supaya PRU-15 diadakan segera. Apakah Ismail Sabri akan jadi Perdana Menteri jika UMNO menang. Tentu tidak.

“Yang akan jadi PM tentulah penyokong kuat Najib. Bagi kerajaan yang akan didirikan, yang utama adalah membebas Najib dari hukuman 12 tahun penjara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir juga berkata UMNO tidak menghormati Ismail Sabri walaupun dirinya seorang PM dan insiden selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu adalah jelas menunjukkan wujud penolakkan terhadapnya.

“Dalam satu rakaman video Perdana Menteri ditolak ke belakang oleh Presiden UMNO dan tarik Najib ke hadapan di tempat Perdana Menteri.

“Dari peristiwa ini jelas Najib lebih dihormati oleh UMNO daripada Perdana Menteri. Apakah jenis kerajaan yang didirikan oleh Ismail Sabri jikalau ia boleh dihina di hadapan dunia,” katanya lagi.

Selain itu, tular juga satu klip video menunjukkan Ismail Sabri digesa dengan sorakan penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya membubarkan Parlimen dengan segera sebaik kemenangan besar di Johor.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Langkawi itu memberitahu pihak berkuasa sedang menyiasatnya dan akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menyatakan sebab siasatan tersebut.

“Saya akan dipanggil untuk soal siasat. Di Malaysia ini satu tekanan yang menakutkan. Tutup mulut. Tutup telinga. Awak okay,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut menyatakan kehairanannya kerana rakyat Malaysia tidak marah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kerana kedua-dua mereka antara yang disebut berkali-kali sebagai terlibat dengan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Laporan-laporan ini boleh dibaca dalam akhbar Malaysia. Tetapi yang peliknya ramai orang Malaysia tidak sedikit pun marah terhadap Najib dan Rosmah, jauh sekali merasa malu.

“Di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor parti Najib disokong sehingga menang dua per tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya lagi. #sumber



Demikianlah Artikel Tun Dr Mahathir Mendakwa UMNO Tidak Mahu DS Ismail Sabri 'Menjadi PM' Selepas PRU-15 !

Sekianlah artikel Tun Dr Mahathir Mendakwa UMNO Tidak Mahu DS Ismail Sabri 'Menjadi PM' Selepas PRU-15 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Dr Mahathir Mendakwa UMNO Tidak Mahu DS Ismail Sabri 'Menjadi PM' Selepas PRU-15 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/04/tun-dr-mahathir-mendakwa-umno-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun Dr Mahathir Mendakwa UMNO Tidak Mahu DS Ismail Sabri 'Menjadi PM' Selepas PRU-15 !"

Catat Ulasan

Loading...