Loading...

Biar Pun Di Tolak UMNO, PAS Teruskan Agenda "Penyatuan Ummah" Menerusi Wadah Politik !

Loading...
Biar Pun Di Tolak UMNO, PAS Teruskan Agenda "Penyatuan Ummah" Menerusi Wadah Politik ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Biar Pun Di Tolak UMNO, PAS Teruskan Agenda "Penyatuan Ummah" Menerusi Wadah Politik !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Biar Pun Di Tolak UMNO, PAS Teruskan Agenda "Penyatuan Ummah" Menerusi Wadah Politik !
link : Biar Pun Di Tolak UMNO, PAS Teruskan Agenda "Penyatuan Ummah" Menerusi Wadah Politik !

Baca juga


Biar Pun Di Tolak UMNO, PAS Teruskan Agenda "Penyatuan Ummah" Menerusi Wadah Politik !

 

KUALA LUMPUR - PAS hari ini memberi jaminan untuk meneruskan agenda penyatuan ummah melalui wadah politik meskipun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara total menolak pakatan terbabit.

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin, berkata parti itu berpendirian dalam usaha membangunkan negara yang adil dan makmur, ia mesti dipimpin oleh pemimpin Melayu Islam selaku kelompok majoriti di negara ini.

Katanya, jurang perpaduan nasional dan ekonomi yang ketara antara masyarakat luar bandar serta masyarakat bandar dan landskap politik negara yang bercelaru adalah antara masalah dalam kalangan rakyat yang berpunca daripada kuasa politik umat Islam yang lemah.

"PAS menyeru semua parti Islam dan Melayu untuk duduk semeja serta memikirkan nasib generasi umat Islam di negara ini supaya lebih terpelihara serta dibela dari sudut pendidikan, ekonomi, sosial dan politik berteraskan kepada peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara.

"PAS juga bertegas tidak akan bersama dengan mereka yang dibuktikan bersalah melakukan tindakan pecah amanah, salah guna kuasa dan mengamalkan rasuah dalam kepimpinan mereka.

"Agenda penyatuan ummah yang dibawa PAS berteraskan kepada prinsip Islam memimpin, keadilan untuk semua (termasuk kepada musuh) dan ummah sebagai Keluarga Malaysia membabitkan pelbagai kaum serta agama yang tidak ekstrem melawan Islam," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Khairil Nizam berkata, parti itu juga berterima kasih kepada semua pemimpin politik negara yang berjiwa besar dan komited dalam agenda penyatuan ummah yang diakui keberkesanannya seperti dilihat di Kedah, Perak, Selangor dan Pahang.

"Semangat kebersamaan ini juga dilihat kukuh pada peringkat akar umbi meskipun pada masa sama, ada segelintir pemimpin makin hilang kepercayaan dan putus harapan kepada usaha murni ini.

"Tahniah buat semua barisan kepimpinan PAS dan UMNO di negeri terbabit dan juga untuk Perdana Menteri yang sentiasa terbuka menyokong penyatuan ummah dalam kalangan umat Islam di Malaysia," katanya.

Beliau berkata, penyatuan ummah adalah agenda bersama untuk kesejahteraan dan kegemilangan Keluarga Malaysia.

"Untuk pemimpin UMNO yang masih yakin bahawa PAS dan UMNO adalah tawaran terbaik buat rakyat Malaysia, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan untuk teruskan agenda ini," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Biar Pun Di Tolak UMNO, PAS Teruskan Agenda "Penyatuan Ummah" Menerusi Wadah Politik !

Sekianlah artikel Biar Pun Di Tolak UMNO, PAS Teruskan Agenda "Penyatuan Ummah" Menerusi Wadah Politik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Biar Pun Di Tolak UMNO, PAS Teruskan Agenda "Penyatuan Ummah" Menerusi Wadah Politik ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/05/biar-pun-di-tolak-umno-pas-teruskan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Biar Pun Di Tolak UMNO, PAS Teruskan Agenda "Penyatuan Ummah" Menerusi Wadah Politik !"

Catat Ulasan

Loading...